Sunday 25 November 2012

me at Johor ...

Assalamualaikum.. setelah sekian lama mendiamkan diri, akhirnya berjaya juga mencuri masa untuk update blog ni.. :) dari 21 November 2012 sampai la 24 November 2012 aku menghabiskan masa kat Johor dengan ibu aku, Natrah Che Dauh.. :) Alhamdulillah, dapat jugak melepaskan segala masalah yang berkampung dalam kepala ni..

Aku sampai Johor, 21 November 2012, pukul tiga petang.. Alhamdulillah selamat sampai.. Pakcik aku, Cik Mahad yang jemput dekat stesen kereta api Kulai.. Sampai rumah, terus makan.. Makcik aku, Cik Sarina masak ikan bakar cecah dengan kuah asam dengan ulam.. maklumlah, diorang nu suka ulam-ulaman.. Nak2 pulak, mase tu aku tengah mengidam nak makan ulam, sampai berpinggan-pinggang aku makan bertambah.. Kenyang baby dalam perut ni.. ^_^ malam tu, Cik Mahad bawak aku dengan ibu pergi pasar raya Cowboy Kulai.. banyak sangat2 barang2 yang jual kat sana.. barang2 dapur semua ada.. Kebetulan, jumpa dengan Mawi dengan Ekin.. :)

Hari kedua, 22 November 2012, aku tolong Cik Sarina buat kek apam coklat.. senang je nak buat.. sedap sangat! Pakai kukus.. lembut je.. habis buat kek, aku dengan ibu pergi rumah makcik yang lagi sorang kat Larkin.. Jauh la jugak tapi x la jauh sangat.. Umah Auntie Liza.. kat sana, juadah tengah hari pun best jugak.. family aku berasal dari Kelantan.. So, budu memang akan jadi hidangan family.. Bila ada budu, dua tiga pinggan aku makan nasi.. berselera betul.. tapi yang x best, diorang cakap aku kurus.. ^_^


Hari ketiga, 23 November2012, pagi, aku dengan ibu duduk rumah je.. sebab Cik Mahad balik kampung dia.. Adik dia tak sihat.. Kita orang pun penat.. Petang baru pergi JPO.. cantik sangat shopping mall tu.. Barang2 yang dijual pun barang2 branded.. Harga pun memang cantik la.. ^_^ lepas tu pergi Hutan Bandar Kulai.. cantik.. sesuai untuk beriadah dengan family, husband and wife nak dating, and macam2 aktiviti lagi.. :)

Hari keempat, 24 November 2012, aku dengan ibu x kemana sebab dah nak balik.. lagipun pagi tu ade kenduri kat area rumah Cik Sarina.. die pergi kendarat.. ape ntah kendarat tu pun aku x tau.. ^_^ petang tu baru balik rumah.. dalam pukul tiga, gerak dari Kulai and aku sampai rumah dekat pukul tujuh..

Alhamdulillah, bila balik ni aku semakin happy.. aku rasa kepala aku dah x berat macam sebelum ni.. aku terhibur dengan layanan Cik Sarina dan Cik Mahad untuk aku dengan ibu.. aku rasa hilang sekejap semua masalah.. aku x nafikan masalah tu sentiasa ada dan aku kne matang untuk selesaikan masalah aku..





No comments:

Post a Comment