Wednesday 28 November 2012

kerana kata-kata ...


“Kalau tak kerana kau, aku tak susah macam ni!
Sebab kau la aku susah macam ni!
Kalau aku tak buat, ada dia nak buat untuk kau!”

Apa perasaan kita bila ada orang cakap macam ni pada kita? Adakah kita masih mampu senyum selepas dengar orang cakap macam ni kat kita? Adakah kita masih mampu meneruskan kehidupan untuk melihat muka orang yang cakap macam ni pada kita setiap hari? Apakah kita mampu menahan air mata dari terus mengalir selepas ada orang cakap macam ni kat kita? Kita ada perasaan.. Apa yang kita bicarakan, niat hanya untuk bergurau, tapi di salah erti kan.. Salah kita ke? Salah kita ke nak bergurau.. Hanya sekadar dua tiga patah perkataan yang keluar dari mulut kita, berbaur gurauan, tapi kata-kata seperti di atas yang kita terima..

            Kita sedar, kita cuma menumpang.. Hidup pun atas belas ehsan orang.. Hidup pun atas simpati orang.. Tapi kalau orang tak ada, Allah tetap ada.. Hari ini, orang tak hargai kita.. Orang pandang kita macam sampah, menyusahkan, orang jijik dan kotor dengan kita.. Kita hina, jijik, busuk di pandangan manusia lain.. Tapi manusia itu belum tentu mulia dari pandangan Allah.. Kalau kita mampu, dalam keadaan kita sekarang, kita x nak menyusahkan sesiapa.. Biarlah kita yang sakit, seksa membanting tulang seorang diri nak berdikari dari mengharapkan belas kasihan, simpati dari orang lain..

Kita dah penat nak mengharapkan belas kasihan orang.. Kita dah penat nak mohon simpati orang.. Kita dah penat nak merayu kasih sayang orang.. :( Malunya muka kita bila terpaksa menagih, merayu, mohon simpati dari orang lain.. Kita dipandang tak bermaruah, kita dipandang hina.. Kita dicemuh.. Kita diabaikan.. :( Tapi kita tetap melayan, melayan dan melayah kerenah orang itu.. Sebab kita terhutang budi, kita jalankan tanggungjawab kita.. Tapi kita tiada nilai di mata mereka..
Kita juga seperti orang lain.. Nak berusaha jadi sempurna.. Kita bukanlah yang terbaik, tapi kita tetap berusaha untuk menjadi yang terbaik..


No comments:

Post a Comment