Sunday, 30 December 2012

... ragam Cemong ...




Tak sabar rasanya nak menunggu kelahiran baby aku yang pertama.. :’) Rasa bahagia dalam hati, Allah saja yang tahu.. Inilah zuriat yang aku kandungkan, yang aku bakal lahirkan.. Zuriat dari suamiku, Muqti bin Mohamad.. Macam-macam yang aku fikirkan sejak aku masuk wad tempoh hari.. Macam-macam benda bermain dalam fikiran aku.. Tapi tak mengapalah.. Aku akan cuba berfikiran positif demi baby..

            Dalam diam-diam, rupanya ada jugak yang cemburu.. Aku ingatkan manusia je tau cemburu.. Tapi haiwan pun tau cemburu.. Kucing kesayangan family aku, si Cemong ni.. ^__^ Dia teman aku berbual, teman aku menangis, teman aku melalut bila aku duduk kat rumah sorang-sorang.. Pernah dia duduk atas riba, and dia terasa ada something menendang, dia terus pandang aku.. Buat muka terkejut pulak dia! Hahaha.. Bila aku bercerita pasal baby, dia akan datang dekat, mengesel-ngesel badan dia.. Dia akan buat muka kesian.. Mula la dia menggedik dengan cara dia.. Meliuk lentok je badan dia.. Nampak sangat dia jealous! :)

            Malam-malam, siang-siang dia akan tidur dengan aku sekatil.. Itu la peneman aku.. Dia la pengubat sunyi dan sepi aku.. Aku sayang sangat ngan Cemong.. Aku selalu usik dia.. Aku cakap, “lepas baby lahir, ibu dah tak sayang Mong lagi” .. dia akan pandang, menjeling dan terus duduk membelakangkan aku.. Bila aku panggil pun dia buat bodo dia je.. ^__^ Aku nak Cemong tau, aku sayang sangat kat dia.. :’) 

Tuesday, 25 December 2012

... baby punya ragam ...


Setelah lama hilang, aku muncul sekali lagi.. :) kali ni nak kongsi cerita pasal hospital.. dulu nak sangat rasa naik ambulan.. hehe.. tak matang betul otak aku ni kan? ^_^ tepat jam 2.20am, aku pergi Klinik Kesihatan Rembau.. sebab pinggang ngan perut aku sakit yang teramat sangat.. dengan jasa baik PakCik Salleh, ibu ngan Atin, aku pergi klinik.. sampai kat klinik, nurse check aku dengan baby.. rupanya contraction.. nurse cakap due aku lambat lagi, so bukan sebab nak bersalin.. and aku pun tak ada tanda2 nak bersalin.. macam pecah air ketubah semua tu.. tapi nurse tak ada pilihan sebab aku tengah sakit sangat2 masa tu.. and baby punye pergerakan pun lain macam.. sampai tertonjol2 perut aku di tendang.. ^_^ nurse gelakkan aku! Hampeh betul.. so pergi la hospital..

            Aku sampai kat Hospital Tuanku Jaafar Seremban pukul 3.00am.. Terus pergi kecemasan bahagian pregnant, tingkat satu.. Dari pukul 3.00am sampai pukul 6.00am ibu dengan atin teman aku.. Dari pukul 3.00am tu, doktor check urine, check pangkal rahim, check jantung baby, and scan baby.. Dekat sepuluh kali aku duduk baring duduk baring dalam bilik sejuk tu.. Penat ngan ngantuk, Allah je yang tahu.. Dengan sakit pinggang, sakit perut lagi.. Baby tak berhenti bergerak.. Masa tu aku memang tak bersedia lagi untuk bersalin,, tapi baca jela apa yang patut.. Masa tu tak ingat apa dah..

            Pukul 6.30am aku kena tahan wad.. doktor terus check and check berkali-kali sebab dia kata due aku lambat lagi.. masa tu aku rasa aku ni macam alien plak! Doktor cina lelaki tu cakap aku belum due, tapi contraction.. rahim dan mengeras.. tapi belum terbuka pintu rahim lagi sebab belum masa.. Masa tu ibu, atin ngan PakCik Salleh balik rumah dah.. Aku dah siap sedia bawak baju baby.. Dalam hati aku, aku doa.. Cepat la bersalin.. Tak sanggup nak tunggu lama-lama sebab tak tahan nak main dengan baby.. Tengok baby katil sebelah, MashaAllah.. Comel comel comel !!!

            Pukul 9.30am, doktor cina dua orang datang cek lagi.. cek tekanan darah, cek jantung baby, check pergerakan, check contraction.. memang dorang cakap contraction yang sangat ketara! Tapi belum due.. dalam hati aku, alahai ~~~ sakit memang sakit.. duduk tak kena, berdiri tak kena, baring pun tak kena.. sakit, sakit, sakit !! itu belum bersalin lagi tu, baru contraction.. entah macammana aku menjerit nak bersalin nanti.. pukul 12.15pm, doktor lelaki dengan doktor2 lain datang check aku ngan patient lain.. doktor tu lelaki and sangat peramah, kelakar! Hampeh, dia kenakan aku.. dia cakap aku sebenarnya dah cukup bulan, tunggu masa je lagi.. sebab tu contraction ketara.. and dia cakap aku salah bagi tarikh last period.. sakit memang sakit.. da la aku sorang2.. nak nangis, malu.. dalam hati, doa jela pada Allah.. tapi demi anak suami, anak lelaki yang aku sanjung, lelaki yang aku hormati, lelaki yang aku sayang, aku tahan.. dan demi kerana Allah!

            Dua hari satu malam aku check in Hospital Tuanku Jaafar.. sakit yang berulang.. sakit pinggang, sakit perut.. memang sakit.. dan masa tu aku hanya ingat Allah.. semua rasa sedih tak ada dah.. walaupun aku sedih, Allah saja yang tahu.. :( Alhamdulillah, jam 4.30pm, 25/12/2012 doktor sahkan aku boleh keluar.. Cuma doktor pesan, hati2 jaga diri.. sebab tunggu hari je.. contraction teruk, terus datang hospital.. dalam hati aku, ‘aku ni duduk sorang, ibu kerja, nak harapkan siapa la’.. aku hanya berdoa pada Allah.. cukuplah Allah sebagai pelindung aku.. :)

            Aku memang tak sabar nak tunggu baby lahir.. sumpah tak sabar! Nak pegang anak sendiri.. anak yang cukup aku sayang.. :’) biar terpaksa bergadai nyawa, aku akan tetap akan pastikan anak aku selamat, dengan izin Allah..

“baby, ummi tunggu baby..ummi janji ummi jaga baby..ummi sayang baby”


Saturday, 1 December 2012

... bby nyau ...


Kesian tengok seekor anak Nyau yang entah dari mana datangnya.. Kat area rumah aku.. Kesian sangat.. Warna dia hitam campur sikit warna putih.. Badan dia kurus sangat.. Nyau tu jalan pun tak betul sebab kaki dia sakit.. Aku nak nangis tengok Nyau tu.. Bila pagi-pagi, aku bangun, dengar suara dia.. Mula-mula iu tak bagi aku bagi dia makan.. Sebab ibu kata, nanti dia lekat kat rumah ni.. Sebab rumah aku dah ada seekor kucing betina yang kuat tidur, Cemong.. Cemong ni dah besar.. Dah nak masuk empat tahun umur dia.. Aku bela dari kecik jugak.. Ibu dia dah lama kena buang..

Nyau tu akan datang mengiau kat rumah ni.. Suara dia kuat.. Kesian sangat.. So, pagi-pagi aku akan bagi Nyau tu makan ngan minum air susu.. Tapi Nyau tu pelik la.. Kadang-kadang bagi wiskes, dia x nak.. Bagi nasi pun kadang-kadang x nak.. Bagi susu pun kadang-kadang dia x nak.. Aku rasa Nyau tu dah hilang ingatan.. Sama macam Cemong dulu.. Hilang ingatan.. Dia x kenal nasi dah.. Bila dah lama-lama baru Cemong okey..

Aku nak jaga Nyau ni.. Nanti nak mandikan dia.. Comel kalau bela.. Ekor dia panjang, terangkat.. ^_^ Kesian Nyau...


Friday, 30 November 2012

... isi hati seorang lelaki, suami, ayah ...


Mesti susahkan seorang suami nak mengaku sayang pada seorang isteri.. apatah lagi untuk menangis di depan isteri.. seboleh-bolehnya suami nak tunjuk keegoan diorang sebagai seorang suami.. tapi seorang lelaki akan menangis dengan seikhlas hati untuk perempuan yang dia sayang, especially, ibu @ mak dia.. :) keras rupanya hati lelaki ni.. tapi aku terjumpa satu blog yang pemiliknya adalah seorang lelaki, seorang suami dan seorang ayah.. yang menulis untuk isterinya yang tercinta.. aku tabik pada lelaki ni dan aku yakin jodoh, kebahagiaan yang dia miliki adalah sehingga ke akhir hayatnya.. :’)


Diantara jasa-jasa Isteriku;
1. Mau menikah denganku.
2. Menyelamatkanku dari perbuatan terlarang.
3. Setia menemani dan membantuku dalam suka dan duka.
4. Mengandung, melahirkan dan menyusui anak-anakku.
5. Menjadi madrasah bagi anak-anakku.
6. Sabar merawat anak-anakku dalam segala keadaan, ketika mereka sehat atau sakit.
7. Menjadi pelengkap hidupku…Dll..
Ya Allah, kumpulkan kami di dunia ini sampai di Jannah Firdaus, memandang WajahMu yang Maha Mulia dan mendapat ridhaMu tanpa kemurkaanMu selamanya.. Ya Robb..
Uhibbuki Ya Zaujati.. Jazakillah Khoir Wa Barokalloh Fiik..


... pelengkap hodupku ...


Aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang
Aku bagai bintang yang tak ditemani malam
Melihat dirimu ada senyum canda dan tawa
Yang membuat aku tak ingin pergi darimu

Teringat janji lamamu kepadaku
Teringat aku teringat
Teringat saat kau masih ada di sini
Temaniku sepanjang hari

Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu

Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini arungi malam
Karena hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkapku di dunia

p/s : lagu ni jugak yang pernah di post untuk aku.. tapi aku rasa dia tak faham makna lagu ni.. lagu ni hanya sekdar lagu untuk dia.. bukan dari hati dia.. :’(



... hari-hari aku rindu ...


hari pertama kita mula bertemu
hari kedua kita menbalas senyum
hari ketiga kau hubungi diriku
hari ke empat rindu sering merindu....
hari ke lima kau bisik rahsia hati
hari ke enam kasih kian bersemi
hari ke tujuh kau ucap kata sayang
terjalinlah ikat percintaan
kau dah aku......

hari-hari,aku rindu
tiap saat ku tatap potretmu
moga-moga,kasih kita
akan direstui,oh kekasih...

hari-hari,aku cinta
siang malam terbayang di mata
jangan-jangan,hari esok
ada yg terluka....

berjanji lah oh kekasihku
berjanjilah padaku
kan ku juwang sehingga kita kini
masih mencintaimu oh sayangku

mimpi-mimpi indah semalam
janganlah dihancurkan..
tak inginku berpisah kasih
dengan dirimu..

hari ke pertama kita mula bertemu
hari ke dua kita membalas senyum
hari ke tiga kau hubungi diriku
hari ke empat rindu sering merindu
sering merindu..


p/s : lagu yang pernah dia bagi untuk aku.. tapi aku pasti lagu ni juga pernah dia bagi untuk dia.. aku berharap, lagu ni cuma semata-mata lagu yang dia tujukan untuk aku.. tak lebih dari tu.. kerana dia tak rasa ape yang aku rasa..


... permata untuk isteri ...


Telah kusiapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai
isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku




Thursday, 29 November 2012

sepucuk surat ...


Sepucuk surat yang aku jumpa masa aku berjalan di pantai Port Dickson semalam..Kata-kata syahdu yang si penulis tulisakan untuk orang yang dia sayang..Aku tak tahu siapa si penulis, tapi melalui pembacaan aku, aku dapat tahu yang dia tengah bersedih.. Mungkin dia terlalu bahagia dengan kekasih dia.. Mungkin dia tengah sedih sebab ditinggalkan kekasih dia.. Macam-macam kemungkinan……………
“..Kau tak akan tahu betapa aku sayangkan kau..Kau tak akan tahu betapa bernilai kau dalam hidup aku..Kau tak akan tahu betapa takutnya aku jika aku kehilangan kau..Kau tak akan tahu nilai kasih sayang yang telah kau berikan pada aku..Di saat aku jatuh, kau beri aku semangat untuk aku bangkit semula..Di saat aku menangis, kau sapu air mata aku yang mengalir di pipi..Kau tak pernah tahu erti cinta yang salurkan dalam hati aku..Betapa cinta yang tak pernah aku peroleh sebelum aku bertemu dengan kau..Cinta yang aku dapat setelah cinta Allah..Kau tak akan tahu makna rindu yang aku titipkan untuk kau setiap hari..Saban waktu aku menunggu kau menjemput aku..Saban hari aku menanti kau datang membisikkan kata-kata sayang kau kepada aku..Setiap nafas aku, hanya nama kau..Setiap degup jantungku, aku teringat akan diri kau..Kembalikanlah diriku yang aku kenal dulu..Aku lebih rela mati dari terus mengharap kasih palsu dari kau..”
Tak tahu apa sebenarnya isi kandungan surat ni.. Mungkin ditujukan untuk ibu dia, ayah dia, family dia atau kekasih dia.. Aku harap dia tak buat benda bukan-bukan kalau dia di tinggalkan kekasih dia..Hidup tetap perlu diteruskan walaupun banyak dugaan.. Tak bermakna kalau kita hilang orang yang kita sayang, kita kena berputus asa.. Ingatlah, perpisahan itu bukanlah pengakhiran hidup kita, tapi sebenarnya, ia adalah PERMULAAN bagi kita.. 


The Life of Pi

Setelah sekian lama x tengok movie, akhirnya semalam, aku nekad pergi tengok movie sorang-sorang.. dengan bertemankan baby dalam perut ni.. :)  lama jugak dah x tengok movie sorang-sorang.. sebelum ni pergi berteman, dengan En.Husband.. tapi bila dah sorang-sorang, tempuh jugak panggung wayang tu sorang-sorang.. movie pilihan aku kali ni,

‘The Life of Pi’
‘Believe the Unbelievable’

Seorang budak lelaki, Piscine Molitor Patel yang dilahirkan sebagai bayi lelaki beragama Hindu.. Ada seorang abang nama Ravi, seorang ibu yang penyayang dan seorang ayah yang tegas tapi memahami anak-anaknya.. Dia digelarkan sebagai Pi.. Ayah Pi ni seorang penjaga zoo.. Dia jaga banyak haiwan liar dan jinak.. Pi dilahirkan dengan agama Hindu.. Tapi masa dia kanak-kanak, dia berminat dengan agama Kristian. Dia keluar masuk gereja.. Selepas tu, dia kenal pulak dengan agama Islam. Dia terdengar azan masa dia tengah jalan-jalan kat kampung dia.. Dia melekat pulak dengan agama Islam.. Sekarang Pi ada tiga agama.. Dia solat, dia masuk gereja dan amalkan ajaran Hindu.. Ayah Pi tegur Pi.. “Kita tak boleh lakukan banyak perkara dalam masa yang sama, kerana ia bermakna kita tak melakukan satu apa pun dari salah satu perkara tersebut.” Barulah Pi faham.. Tapi dia tetap dengan tiga agama tu.

Ayah Pi seorang penjaga zoo.. Dia pernah tengok ayah dia bagi makan dekat seokor harimau. Nama harimau tu, Richard Parker. Richard Parker ni comel. Warna dia macam warna harimau lainlah. Masa ni, Pi kecik lagi. Dia pergi dekat pagar besi. Dia bukak pagar besi yang kedua. Dia panggil Richard Parker. Dia umpan dengan daging yang masih mentah. Tiba-tiba Richard Parker datang. Dia jalan slow je.. Pi tak letak daging mentah tu atas simen, tapi dia pegang.. Semakin dekat Richard Parker dengan Pi.. Tapi Pi x takut langsung.. Tapi tiba-tiba ayah Pi datang, marah Pi.. Ayah dia takut, Pi kena baham dengan harimau tu walaupun ada palang besi yang menjadi penghalang antara Pi dengan Richard Parker tu.

Bila Pi dah meningkat remaja, family dia kena berpindah. Bila nak pindah, ayah Pi bawak semua haiwan tu atas kapal.. Termasuklah Richard Parker. Dalam kapal tu ada jugak orang-orang lain. Setelah berhari-hari perjalanan di atas lautan, sesuatu terjadi kepada kapal tu.. Ada rebut petir dan ombak yang kuat.. Masa kejadian tu, Pi dengan family dia tengah nyenyak tidur tapi Pi terjaga.. Dia nak tengok kilat.. Dia keluar tinggalkan family dia.. Masa dia tengok syok mandi hujan dalam kilat. Tiba-tiba dia nampak bahagian bawah kapal tu dah penuh dengan air.. Dia cuba cari family dia tapi tak jumpa.. Dia pergi dekat bahagian bot penyelamat.. Ada tiga orang lelaki tengah turunkan bot penyelamat.. Semua suruh dia naik atas bot tu, tapi dia nak selamatkan family dia.. Tiba-tiba masa tengah kelam kabut tu, seekor kuda belang terjun atas bot penyelamat.. Atas bot penyelamat tu cuma ada seorang lelaki gemok dengan Pi.. Bot tu jatuh terhempas atas air.. Lelaki gemuk tu terpelanting hilang dalam ombak.. Dan yang ada cuma Pi, dan kuda belang tu..


Bila hari dah siang, Pi terjaga.. Dia tengok dia tengok2 laut.. Yang ada atas bot penyelamat tu, cuma dia dengan kuda belang tu.. Dia x tau dah nak buat apa.. Masa tengah cari bengong lagi, tiba-tiba keluar seekor dubuk dari bawah kain penutup bot.. Separuh dari bot tu ditutup dengan kain warna putih.. Pi cuba buat dubuk tu masuk balik dalam kain tu.. Dubuk tu still mabuk lagi sebab dah kena cucuk dengan dadah masa atas kapal lagi.. Bila dubuk tu dah masuk bawah kain, baru Pi rasa lega.. Tiba-tiba dia nampak Orange Juice, seekor orang utan. Dia panggil Orange Juice tu datang kat bot die.. Orange Juice tu kenal dia.. Pi tanya kat Orange Juice, “Mana anak awak, Orange Juice?”.. Orange Juice cuma tunduk lepas tu pandang arah laut.. Dia nampak sedih.. Masa tu macam nak nangis pun ada.. Rupanya Orange Juice tu orang utan betina, ada anak.. Tapi anak dia dah mati dengan kapal yang tenggelam tu.. So, yang ada atas bot tu cuma Pi, kuda belang, dubuk dengan Orange Juice.

Tapi lama kelamaan, seekor demi seekor haiwan tu mati.. Mula-mula kuda belang tu.. Sebab dubuk tu makan.. Pi cuba haling, tapi Pi x mampu.. Dia duduk kat hujung bot.. Lepas tu, dubuk tu makan Orange Juice.. Masa dubuk tu makan Orange Juice, sedih sangat.. :’( Yela, Pi dah rapat dengan Orange Juice tu.. Sampai satu episod, dubuk tu dah x de makanan, dia nak makan Pi.. Dan masa ni la seekor harimau keluar dari bawah kain putih yang menutup separuh dari bot tu.. Harimau tu ialah Richard Parker. Richard Parker makan dubuk tu.. So, yang episod ni, tinggal Pi dengan Richard Parker.



Pi terpaksa buat tempat dia sendiri sebab dia x boleh duduk atas bot tu dengan Richard Parker.. Nanti dia kena makan.. So, dia kumpul pelampung dengan jaket keselamatan yang ada untuk dia buat bahagian dia.. dia ikatkan bahagian dia dengan bot tu.. Pi ambik papan-papan dari bot tu, dia buat rakit dia sendiri.. Berhari-hari dia bergaduh dengan Richard Parker..

Lama-lama dia cuba berkomunikasi dengan Richard Parker.. Dia usaha macam-macam.. Sampai satu masa, Richard Parker tu terjun berenang dalam laut sebab nak tangkap ikan, sebab dia lapar.. Pi cuba banyak kali bunuh Richard Parker tapi dia tak sampai hati.. Pi pun jenis sayangkan haiwan macam ayah dia.. Masa Richard Parker nak naik atas bot, Pi x bagi, tapi dia kesian, dia bagi jugak.. Hari demi hari, Pi dengan Richard Parker sama-sama kurus sebab tak makan.. Richard Parker pun dah lemah.. Dia jadi kurus kering macam Pi jugak.. Pi kesian tengok Richard Parker.. Dia riba Richard Parker.. Pi cakap “terima kasih Tuhan kerana bagi aku peluang untuk berjumpa dengan mak, ayah, dan Ravi”.. Pi ingatkan dia nak mati dah.. Dia belai je Richard Parker atas riba dia.. Richard Parker pun dah tak berdaya nak bangun..

Satu hari, bot Pi dengan Richard Parker terdampar kat satu pulau.. Pi makan rumput kat pulau tu.. Dia jumpa kolam, dengan haiwan lain yang comel, kecik.. Aku pun x tau ape nama haiwan tu.. Tapi sayangnye Pi dengan Richard Parker x boleh duduk lama dekat pulau tu sebab ade kesannya pada Pi dengan Richard Parker.. Bila dah habis pasrah, Pi dengan Richard Parker sampai kat persisiran pantai Mexico.. Masa sampai, Pi dah pengsan, sebab dah x larat.. Richard Parker turun dulu, dia nampak hutan.. Dia melangkah tinggalkan Pi, tanpa menoleh lagi.. Pi harap sangat Richard Parker akan menoleh pandang dia buat kali terakhir tapi Richard Parker terus tinggalkan dia.. Pi menangis sebab dia dah anggap Richard Parker tu kawan dia..

Akhirnya Pi dapat diselamatkan.. Sampai ke habis cerita, Pi x jumpa dengan Richard Parker lagi.. :’( Cerita ni memang terbaik.. Ada element2 yang pengarang nak sampaikan pada penonton.. So, x rugi tengok cerita ni.. :)










Wednesday, 28 November 2012

kebenaran tetap kebenaran ...



Bila sebut ‘Ombak Rindu’ mesti semua orang tahu tentang filem hangat lakonan Aaron Aziz, Maya Karin dengan Lisa Surihani.. Cerita ni bermakna buat aku.. Bagi aku, cerita ini banyak kenangan.. Buat aku, buat dia dan dia.. Bagi aku, cerita ni cukup bermakna, tapi aku tak tahu andai cerita ni hanya sekadar cerita bagi dia dan dia..

Melalui cerita ini, aku tahu bahawa bagi dia, cinta pertama dia, tetap di hati dia.. Cinta pertama dia, tetap tiada galang gantinya.. Cinta pertama dia, tidak boleh diganti dengan yang lain.. Wanita pertama yang dikenalinya sebagai cintanya tetap akan dia cinta, sayang, dan kasih dan rindu.. Dan melalui cerita ini, aku tahu bahawa kehadiran aku Cuma persinggahan dalam hidup dia.. Hanya untuk menyakinkan hatinya bahawa wanita pertama yang muncul dalam hidup dia adalah bidadarinya di dunia dan di syurga nanti.. Betapa dia menyayangi dia.. Walaupun berat kenyataan itu untuk aku terima, tapi aku tetap kena redha dan ikhlas terima.. Wanita pertama yang dia kenali yang melahirkan zuriatnya, yang memberikan cahaya mata untuknya.. Masih aku ingat kata-kata dia untuk dia..

abang dah tengok cerita tu, mama. Cerita tu memang terbaik! Isteri pertama memang tetap pilihan abang. Isteri pertama tetap terbaik.”
*****
 Tapi bagi dia, cerita ni cukup membuatkan hatinya membenci aku.. Sehinggakan sampai mati pun dia tak akan memaafkan aku.. Aku terima keputusan dia.. Aku tetap terima dia walaupun hati aku pedih, menangis.. Kerana lagu ni, dia tinggalkan dia untuk berjumpa dengan aku di Kedah..

“Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku”

Tapi aku tak tahu setakat mana kebenaran kata-kata dia.. Aku hanya mampu dengar, untuk mempercayainya, aku tidak rela.. Kerana aku tahu, hati dia tetap pada dia.. Dan aku redha jika aku bukan pilihannya.. Bukan mudah untuk memiliki hati lelaki.. Aku mampu meminjam hati dia tapi aku tak mampu memiliki hatinya, kasihnya, sayangnya, rindunya, cintanya.. Aku hanya sandaran dalam hidupnya.. Aku hanya persinggahan dalam hidupnya..
*****
Aku harap aku mampu melepaskannya seperti mana dia melepaskan aku.. Aku harap aku mampu melupakannya seperti mana dia melupakan aku.. Tapi aku tidak akan mengambil hatiku yang berjaya dimilikinya kerana aku tak mampu mencari yang lain selain dia.. :’)




kerana kata-kata ...


“Kalau tak kerana kau, aku tak susah macam ni!
Sebab kau la aku susah macam ni!
Kalau aku tak buat, ada dia nak buat untuk kau!”

Apa perasaan kita bila ada orang cakap macam ni pada kita? Adakah kita masih mampu senyum selepas dengar orang cakap macam ni kat kita? Adakah kita masih mampu meneruskan kehidupan untuk melihat muka orang yang cakap macam ni pada kita setiap hari? Apakah kita mampu menahan air mata dari terus mengalir selepas ada orang cakap macam ni kat kita? Kita ada perasaan.. Apa yang kita bicarakan, niat hanya untuk bergurau, tapi di salah erti kan.. Salah kita ke? Salah kita ke nak bergurau.. Hanya sekadar dua tiga patah perkataan yang keluar dari mulut kita, berbaur gurauan, tapi kata-kata seperti di atas yang kita terima..

            Kita sedar, kita cuma menumpang.. Hidup pun atas belas ehsan orang.. Hidup pun atas simpati orang.. Tapi kalau orang tak ada, Allah tetap ada.. Hari ini, orang tak hargai kita.. Orang pandang kita macam sampah, menyusahkan, orang jijik dan kotor dengan kita.. Kita hina, jijik, busuk di pandangan manusia lain.. Tapi manusia itu belum tentu mulia dari pandangan Allah.. Kalau kita mampu, dalam keadaan kita sekarang, kita x nak menyusahkan sesiapa.. Biarlah kita yang sakit, seksa membanting tulang seorang diri nak berdikari dari mengharapkan belas kasihan, simpati dari orang lain..

Kita dah penat nak mengharapkan belas kasihan orang.. Kita dah penat nak mohon simpati orang.. Kita dah penat nak merayu kasih sayang orang.. :( Malunya muka kita bila terpaksa menagih, merayu, mohon simpati dari orang lain.. Kita dipandang tak bermaruah, kita dipandang hina.. Kita dicemuh.. Kita diabaikan.. :( Tapi kita tetap melayan, melayan dan melayah kerenah orang itu.. Sebab kita terhutang budi, kita jalankan tanggungjawab kita.. Tapi kita tiada nilai di mata mereka..
Kita juga seperti orang lain.. Nak berusaha jadi sempurna.. Kita bukanlah yang terbaik, tapi kita tetap berusaha untuk menjadi yang terbaik..



Kadang-kadang kita boleh rasa penat dengan dunia sekeliling.. Setiap hari cuba menahan air mata.. Setiap hari cuba melakar senyuman palsu.. Walaupun kita tersenyum, dalam hati kita teresak-esak menangis, Allah je yang tahu.. Kita akan rasa penat.. Kita tahu, teguran orang sekeliling la yang menyedarkan kita, yang merubah diri kita.. Tapi takkan setiap apa yang kita buat, orang nak kritik, orang nak komen.. Kita ni tunggul ke? Kita ni batu ke? Sampai orang tak boleh nak fikir perasaan kita..

Kita mengalah, mengalah dan terus mengalah.. Kita bersabar, bersabar dan terus bersabar.. Kita penat dan tunjuk dekat semua orang yang kita happy.. Kita akan rasa penat nak menangis sorang-sorang.. Kita rasa penat dan berharap.. Kita penat nak menerima harapan.. Apa saja yang orang buat, kita terima sebab aku meredhakan.. Kita cuba untuk terus kuatkan hati kita.. Kita terus pujuk hati untuk terus bersabar.. Tapi kita juga manusia biasa, ada hati, perasaan.. Mana orang yang janji untuk jaga hati dan perasaan kita?

Kalau dah tak boleh nak hargai kita, jangan terus dekati kita.. Jangan terus bagi harapan pada kita.. Jangan bagi kasih sayang palsu pada kita.. Jangan buat kita berharap.. Kita juga macam orang lain.. Nakkan kehidupan yang sempurna, bahagia.. Dengan jalankan tanggungjawab kita.. Tapi apa ertinya kalau orang tak menghargai usaha dan tanggungjawab kita.. Setiap orang ada amanah, tanggungjawab.. Sedarlah.. Apa yang Allah bagi pada kita sekarang, tak mungkin kita akan dapat benda yang sama pada masa hadapan.. Kita bukan tak nak hargai dia, tapi bila dia buat kita macam sampah.. Kita terluka.. :(
Kita terlalu mudah untuk didekati sehingga dia mengabaikan kita.. Dia terlalu mudah mendapatkan kita sampai kita langsung tidak dipertanggungjawabkan.. Alhamdulillah.. Ini adalah ujian Allah bagi pada kita.. Tapi kita akan tetap berusaha mendapatkan dia, menjaga dia.. Walaupun kita sendiri sakit.. Kita nak orang sekeliling tahu, apa yang kita buat adalah untuk kebaikan semua..


Sunday, 25 November 2012

me at Johor ...

Assalamualaikum.. setelah sekian lama mendiamkan diri, akhirnya berjaya juga mencuri masa untuk update blog ni.. :) dari 21 November 2012 sampai la 24 November 2012 aku menghabiskan masa kat Johor dengan ibu aku, Natrah Che Dauh.. :) Alhamdulillah, dapat jugak melepaskan segala masalah yang berkampung dalam kepala ni..

Aku sampai Johor, 21 November 2012, pukul tiga petang.. Alhamdulillah selamat sampai.. Pakcik aku, Cik Mahad yang jemput dekat stesen kereta api Kulai.. Sampai rumah, terus makan.. Makcik aku, Cik Sarina masak ikan bakar cecah dengan kuah asam dengan ulam.. maklumlah, diorang nu suka ulam-ulaman.. Nak2 pulak, mase tu aku tengah mengidam nak makan ulam, sampai berpinggan-pinggang aku makan bertambah.. Kenyang baby dalam perut ni.. ^_^ malam tu, Cik Mahad bawak aku dengan ibu pergi pasar raya Cowboy Kulai.. banyak sangat2 barang2 yang jual kat sana.. barang2 dapur semua ada.. Kebetulan, jumpa dengan Mawi dengan Ekin.. :)

Hari kedua, 22 November 2012, aku tolong Cik Sarina buat kek apam coklat.. senang je nak buat.. sedap sangat! Pakai kukus.. lembut je.. habis buat kek, aku dengan ibu pergi rumah makcik yang lagi sorang kat Larkin.. Jauh la jugak tapi x la jauh sangat.. Umah Auntie Liza.. kat sana, juadah tengah hari pun best jugak.. family aku berasal dari Kelantan.. So, budu memang akan jadi hidangan family.. Bila ada budu, dua tiga pinggan aku makan nasi.. berselera betul.. tapi yang x best, diorang cakap aku kurus.. ^_^


Hari ketiga, 23 November2012, pagi, aku dengan ibu duduk rumah je.. sebab Cik Mahad balik kampung dia.. Adik dia tak sihat.. Kita orang pun penat.. Petang baru pergi JPO.. cantik sangat shopping mall tu.. Barang2 yang dijual pun barang2 branded.. Harga pun memang cantik la.. ^_^ lepas tu pergi Hutan Bandar Kulai.. cantik.. sesuai untuk beriadah dengan family, husband and wife nak dating, and macam2 aktiviti lagi.. :)

Hari keempat, 24 November 2012, aku dengan ibu x kemana sebab dah nak balik.. lagipun pagi tu ade kenduri kat area rumah Cik Sarina.. die pergi kendarat.. ape ntah kendarat tu pun aku x tau.. ^_^ petang tu baru balik rumah.. dalam pukul tiga, gerak dari Kulai and aku sampai rumah dekat pukul tujuh..

Alhamdulillah, bila balik ni aku semakin happy.. aku rasa kepala aku dah x berat macam sebelum ni.. aku terhibur dengan layanan Cik Sarina dan Cik Mahad untuk aku dengan ibu.. aku rasa hilang sekejap semua masalah.. aku x nafikan masalah tu sentiasa ada dan aku kne matang untuk selesaikan masalah aku..





Tuesday, 20 November 2012

Johor ...


Setelah sekian lama plan nak ke Johor, akhirnya hari ni bertolak jugak ke Johor.. :) Dengan ibu, dengan baby.. :) Dah siap2 beli tiker awal-awal.. Masa ni aku berpeluang nak merehatkan badan minda aku yang berserabut sangat.. Aku harap perjalanan kali ni dan perantauan aku kali ni akan membuahkan hasil..
Mungkin sekarang masanya untuk aku berfikir sacara tenang.. Setelah semua masalah yang aku hadapi datang bertimba-timba.. Masalah ini lah yang mengajar aku.. Belajar dari kesilapan.. Pengalaman yang mendewasakan aku.. Aku dan penat, tapi apa pun, hidup harus diteruskan.. Impian aku, nak baby dilahirkan dekat hospital yang sama dengan aku, Hospital Sultanah Aminah, Johor.. Sebab tu bawak baby pergi Johor.. Bukan bawak lari, cuma nak tunaikan impian.. Masa pun dah hampir sampai.. Due aku bertukar-tukar tarikhnya.. Doktor pun pening dengan aku.. ^_^

Aku berharap dia faham kenapa aku ambik keputusan ni dan aku harap dia x salah faham.. untuk kebaikan dia dan semua orang.. biarlah aku sakit derita kehilangan dia daripada aku terus sakit kerana menyayangi dia..


cuma nak di hargai ....


Susah bila nak melupakan orang yang kita sayang.. lebih-lebih lagi kalau kita ada banyak kenangan dengan seseorang itu.. macam mana boleh kita yakinkan hati kita untuk melupakan seseorang yang sangat bermakna dalam hidup kita? Macam mana kita nak kuatkan hati kita untuk melupakan segala kenangan kita dengan seseorang yang kita nak lupakan? Perit sangat bila sayang, kasih, cinta, rindu yang kita bagi, langsung tak dihargai.. malah dipermainkan, diperkotak-katikkan oleh si dia..

Perasaan sayang yang kita pertahankan selama ni hanya mainan semata pada dia.. perasaan kasih kita di pandang ringan oleh si dia.. perasaan cinta yang kita pertaruhkan hanya sia-sia pada dia.. perasaan rindu, hanya bawaan angin pada dia.. Entah apa erti kewujudan diri kita pada dia, kita pun tak tahu.. Entah apa makna kehadiran kita pada dia, kita pun tak tahu.. Kita tak mengharapkan dia untuk membalas sayang, kasih, cinta, rindu kita.. Tapi mohon, hargailah sementara kita masih ada.. 


Monday, 19 November 2012

harapan ...



 “awak menyempurnakan hidup saya.. tanpa awak saya bagai hilang arah.. tanpa teguran dari awak, saya bagaikan hilang pedoman.. segala teguran dan nasihat awak menyedarkan saya.. saya tak mampu hidup tanpa awak.”

Kata-kata inilah yang membuatkan wanita itu menaruh harapan.. harapan yang bagaikan tiada haluan.. mudahnya menutur kata-kata.. mudahnya menabur janji.. tapi alakah sedihnya kata-kata yang diungkapkan tidak seiring dengan ketulusan hati.. kesetian dan kejujuran yang di pinta, tapi kepalsuan dan ketidak jujuran yang diberikan..

Apalah erti sayang andai permainan perasaancuma?
Apa erti cinta andai hati tetap mencari yang lain?
Apa erti rindu jika ungkapan semata?
Apa erti kasih jika hanya lakonan semata?

Jawaplah dengan kejujuran, keikhlasa.. Bukan omongan kosong, bukan kata-kata kosong, bukan bayangan palsu..
Hanya itu yang diharapkan..

Sunday, 18 November 2012

new born ...

Nur Maritza Afrina

Nur Mirza Alisya

Alhamdulillah, syukur kepada Allah.. kita dikurniakan dengan seorang lagi ahli keluarga baru.. Nur Maritza Afrina.. Tahniah kepada Muqti Mohamad dan Noor Fazreena.. Comel sangat.. Sama sebijik saling tak tumpah ikut muka kakak dia masa baby dulu, Nur Mirza Alisya.. aku berharap dengan kelahiran Afrina, akan mengeratkan lagi hubungan keluarga dia.. insyaAllah.. anak itu pengikat dan penguat hubungan kasih suami isteri.. dengan adanya anak-anak, suami akan lebih sayangkan isteri dan isteri akan lebih menghormati dan menghargai suami.. insyaAllah..
Aku berharap Afrina sama macam kakak dia, Mirza.. sama becok macam kakak dia.. tapi yang paling penting, aku harap, Afrina boleh nyanyi lagu Bangau Oh Bangau lagi better dari Mirza.. heheh.. :p Aku berharap, hubungan mereka akan lebih erat dan aku bahagia tengok dia bahagia.. kunci kebahagian aku adalah kebahagiaan dia.. terima kasih ya Allah.. aku tumpang gembira dengan kelahiran baru ini.. terbukti Allah telah mengaturkan sesuatu yang baik untuk awak dan keluarga awak.. :’)


Saturday, 17 November 2012

Aku Terima Nikahnya ...


Cerita yang menarik minat aku untuk paksa husband aku tengok.. ^_^ walaupun dia demamand mengantuk, aku paksa dia jugak untuk tengok cerita ni.. alhamdulillah, dia teman jugak.. :) rasa menyesal pun ada jugak sebab paksa dia.. dia boleh tertidur masa tengok movie ni.. tapi masa starting je.. da tengah2 cerita baru dia segar sikit.. tapi xpela, yang penting, aku pergi tengok cerita ni dengan lelaki yang sah jadi suami aku.. :)

Cerita ni sangat menyayat hati.. lebih2 lagi bila Johan hilang ingatan dan Arlisa berusaha bersungguh-sungguh untuk pulihkan ingatan Johan.. macam2 dugaan yang datang tapi Arlisa tetap bersemangat dan tak pernah putus asa.. Setianya Arlisa sebagai seorang isteri yang sentiasa di sisi Johan masa Johan tengah koma.. kalau aku jadi Arlisa, aku tak tahu kalau aku boleh kuat dan tabah macam dia.. bila Johan sedar, Johan dah tak ingat Arlisa.. Arlisa cuba dan terus cuba untuk dapatkan suami dia yang dah hilang ingatan.. kesian Arlisa.. Macam2 yang Arlisa buat.. Arlisa bawak Johan pergi hotel yang diorang honeymoon.. and aku sendiri pernah pergi hotel tu ngan husband aku.. ^_^ best sangat.. cantik dan selesa.. boleh rehat setenang yang mungkin.. :) Arlisa bawak Johan pergi tempat yang Johan mula2 tegur dia.. tapi tu semua sia-sia.. sampai satu tahap, Johan ambil keputusan untuk berpisah dengan Arlisa.. :'(

Johan : sayang akan tetap jadi isteri abang sampai bila-bila.
Arlisa : Lisa dah penat abang. Apa lagi yang Lisa nak kena buat. Semua Lisa dah usahakan.

Aku berharap aku akan jadi setabah Arlisa.. walaupun ini hanya rekaan filem semata-mata, tapi kata-katanya sengat mendalam. Dan aku sendiri nak menitis air mata bila ingat semua kata-kata Arlisa.. 




syukurlah ...


Susah nak puaskan hati semua pihak.. Apa yang kita buat, ada je yang tak kena di mata mereka.. Kita bukan malaikat.. Kita bukan nabi untuk sempurna setiap masa.. Kita da kelemahan dan kekurangan masing-masing.. Allah ciptakan kita berpasang-pasangan untuk kita saling melengkapi antara satu sama lain.. Bukan menghina, mengherdik, memaki dan membenci sesame kita.. Kita pernah lakukan kesalahan yang orang lain lakukan.. Setiap orang akan lakukan kesalahan yang sama.. Cubalah untuk terima keadaan orang lain seperti mana orang lain terima keadaan kita..

Biarlah kita tersenyum, dan orang lain membalas dengan jelingan.. Kerana orang yang membenci kita, suatu hari nanti pasti akan sedar bahawa tiada manusia yang sempurna di muka bumi Allah ini.. terimalah qada’ dan qadar yang Allah dah tentukan.. ajar hati untuk terima takdir yang Allah tentukan.. walaupun pahit, yakinlah ! bahawa Allah telah mengaturkan sesuatu yang terbaik buat kita.. Allah pertemukan kita dengan manusia yang pelbagai ragam untuk kita jadikan teladan dalam hidup kita.. Yakinlah dengan takdir Allah.. InsyaAllah, yang baik dan manis itu akan menjadi milik kita..


Sunday, 11 November 2012

officially graduate !


Alhamdulillah.. selepas dua tahun setengah berjuang dengan bersusah payah, akhirnya tamat jugak zaman diploma.. :’) walaupun di uji dengan pelbagai dugaan, rintangan, akhirnya tamat jugak diploma.. rasa terharu dengan usaha diri sendiri.. terima kasih kepada ibu, family, suami, kawan-kawan dan pensyarah-pensyarah yang banyak membantu.. dengan berkat doa, usaha, semuanya dapat dikecapi dengan mudah..Tak dinafikan banyak kenangan sepanjang dua tahun setengah dalam mencapai sijil diploma ni.. dapat ramai kawan.. dapat menimba pengalaman hidup di negeri orang tanpa keluarga.. susah payah, senang mudah lalui dengan kawan-kawan.. entah bila dapat rasa pengalaman macam ni..
            Part one Cuma berkenalan dengan kawan-kawan sekelas.. maklumlah, kita ni pemalu.. nak bertegur sapa dengan orang lain pun, malu.. Cuma dengan kawan-kawan sekelas.. dapat lecturers yang sporting gila.. :) first kawan, nama dia Nadia.. then start kawan dengan Irda, Zahidah.. then baru bergroup dengan Irda, Fatin Ainur, Asfarina Fathin, Afiqah.. and kawan dengan kembar yang sorang kecik and sorang besar.. Aqmil ngan Aqmal.. hehe.. :)
            Part two, mul sibuk dengan kawan-kawan fakulti.. da mula kenal-kenal kawan-kawan dari kelas lain.. mula kenal senior.. mula rapat dengan lecturers.. masuk part three pon same.. tapi masuk part three, Irda ngan Aqmil masuk degree.. :( tapi tetap kawan sampai sekarang.. :) part four mula buat hal masing-masing.. and bagi banyak kenangan.. terpaksa repeat one paper, statistic.. masuk part five, semua subjek agak susah.. then, lulus jugak..
            Terima kasih pada Natrah Che Daud (ibu), Muqti Mohamad (husband), family, and semua kawan-kawan and lecturers.. love korang semua.. :’)


Saturday, 27 October 2012

most wanted !!



Seriously jealous gila tengok yen punya camera! giler smart! Warna hitam.. alololo.. 14 megapixels.. harga RM600, tapi dapat RM400.. comel sangat pung! X canggih macam camera canon yang Yuna pakai tu, tapi camera ni comel je.. cute and nipis.. yang penting warna dia hitam! :)


Tiap-tiap hari aku pulun duk dengar lagu kat MP3 yen ngan atin.. dah berpuluh MP3 ngan MP4 yang aku beli.. tapi bila dah banyak tangan pakai, mula la rosakkan! Seingat aku dah dekat LIMA MP3 ngan MP4 yang aku beli.. Ni aku duk pulun dengar MP3 atin dengan yen.. bila MP3 atin habis bateri, aku dengar MP3 yen pulak.. hehehe.. Nanti nak beli la satu.. x mahal pun, RM70 je.. smart jugaklah.. memory pon besar.. once aku dapat yang ni, jangan harap aku bagi sape-sape sentuh lagi! Huhu.. ^_^

Teringin nak ada galaxy tab sendiri.. Asyik pinjam orang punya je.. Sampai main rampas-rampas balik, terhina pulak rasanya.. ^_^ xpela, orang punya.. Lagipun dia beli bukan untuk aku, untuk orang kesayangan dia.. :) Redha saja.. Lalalala.. Nanti nak beli sendiri.. Nak beli untuk baby.. Orang lain belikan tab, ipad untuk anak dorang, aku pun nak beli untuk baby.. Kesian baby.. x dapat macam orang lain dapat.. xpe by, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit..


Nak pergi lagi sekali hotel tu.. :( Last week tengok movie ‘Aku Terima Nikahnya’ lakonan Nora Danish ngan Adi Putra.. Aku pernah check in hotel tu.. Teringat peristiwa, aku kejut husband sebab panas.. Rupanya air-con bilik tu rosak! Hahaha.. Tapi seriously tempat tu cantik sangat! Nak pergi lagi sekali.. i wish!! ^_^



fevret place



Alhamdulillah.. Sekali lagi diberi peluang oleh Allah untuk ummi saksikan matahari terbenam kat tempat fevret ummi.. :) satu hari nanti nak bawak baby pergi tempat tu.. cantik sangat.. insyaAllah kalau umur umi panjang.. ummi janji.. baby pun kena janji, baby kena sihat, baru boleh pergi tempat fevret ummi tu.. :)
            Ummi pergi dengan Mak Lang.. amik gambar guna camera Pak Ngah.. baby dah besar nanti, kita pergi sana ye.. :) tenang sangat perasaan ummi bila ada kat sana.. dapat tengok kebesaran Allah.. ciptaan yang Allah sediakan untuk hamba-hambaNya..
            Alhamdulillah, ummi diberikan peluang untuk terus hidup.. Allah masih sayangkan ummi.. Allah berikan ummi peluang untuk ummi mencari keredhaan-Nya, mencari keampunan-Nya.. Allah kuatkan semanagt ummi dengan kehidaran anak ummi.. Ummi sayangkan anak ummi.. :’)