Wednesday 30 January 2013

..move on !!! ...

IT’S TIME TO MOVE ON !!!

APA YG ADA DALAM KEPALA AKU SEKARANG, CUMA MINTA DIRI AKU SENDIRI UNTUK TERUSKAN KEHIDUPAN AKU DENGAN TABAH, DAN LUPAKAN SEGALA YANG BERLAKU ! DAN ITU YANG AKU LAKUKAN.. DAH SAMPAI MASA UNTUK AKU BERHENTI BERHARAP DAN LUPAKAN SEMUANYA DAN TERUSKAN KEHIDUPAN AKU DENGAN LEBIH CEMERLANG.. INI BUKANLAH TANDANYA DUNIA AKU DAH KIAMAT BILA AKU KEHILANGAN DIA, TAPI DUNIA AKU BARU SAJA BERMULA !

Friday 25 January 2013

... pantang wanita bersalin ...


Banyak jugak pantang bagi wanita selepas bersalin ni.. Selepas aku alami sendiri, baru tahu banyak pantang yang x boleh dilanggar oleh wanita yang lepas bersalin.. Sama je bagi yang bersalin normal atau operate (czer).. Tapi orang cakap, bersalin normal x kena berpantang macam bersalin operate.. Kalau bersalin operate, kena banyak pantang sebab nak sembuhkan luka dalaman.. Aku ni salah sorang dari ummi yang bersalin operate.. Memang banyak pantang larang.. Nak makan itu x boleh, makan ini x boleh.. Bukan setakat makan, nak buat kerja pun x boleh.. ^__^

                Bab makan memang banyak pantang.. Benda sejuk, benda panas, benda berbisa, semua x boleh makan.. Sebab akan bagi effect kat luka dalaman.. Badan aku kecik, so jahitan kat perut tu nampak nice je.. :) Semua nurse puji jahitan cantik.. Tapi kalau jahitan cantik, tapi dalaman x cantik, x elok jugak.. Takut makanan yang kita makan tu buat luka dalaman jadi bernanah.. Semua lapisan yang dipotong ada 3 lapisan.. Aku ni dah la yang kuat makan.. So, kena tahan makan untuk 44 hari.. Tapi seelok-eloknya, 100 hari.. Pernah aku bantai air sejuk hampir separuh botol sebab terlalu haus, sekejap tu, jahitan rasa bengkak.. :( Orang tua-tua cakap, minum banyak air boleh buat jahitan membengkak.. Lepas tu, aku x minum air sangat dah.. Aku suka makan sayur yang ibu masak, sayur sawi je.. Ikan pun kena berpantang.. Tapi setengah orang cakap, jangan berpantang sangat sebab nanti anak kedua lagi kena berpantang.. X tau nak ikut mana satu..

                Bab kerja pun ada pantangnya.. X boleh angkat benda-benda berat.. Aku pernah angkat periuk nasi, pun kena bebel dengan ibu.. Orang bersalin operate x boleh menyapu, nanti bentan.. Aku pun buntu x tau nak buat apa.. Kesian pulak tengok ibu yang kena buat semua kerja.. Aku ni Cuma nak membantu.. ^__^ Aku nak angkat bantal pun ibu x bagi.. Aku tidur dalam bilik, atas katil sebab kalau operate, susah nak bangun duduk.. Baby tidur dengan ibu, bila baby nak susu, ibu bawak datang dekat aku.. Hari ni, ibu dah start kerja, nak x nak, aku kena usahakan sendiri.. Semua benda dah kena buat sendiri.. Tapi ibu dah siap masak.. Aku Cuma tinggal uruskan baby je..

                Banyak jugak pantang larang yang lain yang aku tau tapi x ingat semua.. Tak boleh pijak simen, nanti sejuk.. Kalau mandi, kena basuh rambut setiap hari, kena mandi air serai wangi.. Tak boleh pijak tahi ayam candu.. Aku pun x tau ape ghope tahi ayam candu tu.. ^__^ Kalau nak mandi,  x boleh mandi malam.. Orang baru lepas bersalin x boleh ditinggalkan sorang-sorang.. Nanti ada ‘benda’ meneman.. Ni, orang-orang tua la yang cakap.. Aku pun x tau betul ke tidak.. Tapi ibu selalu je tinggal aku sorang-sorang.. Sebab kat rumah ni cuma ada aku dengan ibu.. Orang bersalin kena ikat rambut tinggi sebab berkaitan dengan darah, kalau x, nanti boleh meroyan..

                Macam-macam ye orang lepas bersalin kena pantang.. Aku harap, aku boleh teruskan berpantangan aku ni sampai cukup 100 hari.. InsyaAllah.. :)


... simpulan kenangan ...


Sejak berbulan dia pergi, aku terfikir.. Kenapa mesti aku terus hidup dalam kenangan? Kenapa mesti aku menangis, meratap sesuatu yang telah hilang dari aku.. Kenapa mesti aku nak rampas sesuatu yang bukan lagi milik aku? Setelah aku fikir-fikirkan, mungkin patut aku kuburkan segala kenangan aku dengan dia.. Akan aku kuburkan tanpa nisan dan tanda.. Akan aku biarkan segala kenangan hilang di padam ingatan.. Jika aku terus menanti, menunggu, aku akan terus hanyut, aku akan terus leka.. Dan ini akan memakan diri aku sendiri.. Tanpa aku pedulikan perasaan orang sekeliling yang sayangkan aku.. Banyak bagi sokongan dan nasihat pada aku.. Bukan aku termakan kata orang sekeliling.. Tapi cukuplah petunjuk yang Allah dah bagi pada aku melalui mimpi.. Mimpi yang sama berulang kali yang menunjukkan dia akan pergi meninggalkan aku.. Dan sekarang mimpi itu dah jadi kenyataan.. Dia betul-betul pergi tinggalkan aku yang masih perlukan dia..

            Tapi hidup perlu diteruskan.. Aku harus gagah melangkah tanpa dia.. Dia bukan milik aku.. Dia milik Allah.. Walau macam mana sayang aku pada dia, dia akan tetap pergi suatu hari nanti.. Mungkin dengan cara yang satu ini, aku mampu untuk melupakan dia seperti mana dia melupakan aku.. Semua barang pemberian, gambar kenangan, kata-kata janji, mesej dan emel, sudah aku lupuskan.. Tiada satu pun yang tinggal dalam simpanan aku.. Semua sudah aku kuburkan dengan air mata aku.. Aku hanya mampu berharap, segala kenangan yang pernah aku lalui dengan dia, tak akan aku tempuhi lagi.. Cukuplah sekali aku hidup dalam dilema perasaan pada dia, yang kesudahannya aku bertepuk sebelah tangan..

            Doa aku pada dia, semoga dia bahagia dalam dunianya.. Semoga kehidupannya akan menjadi lebih tenang dengan pemergiannya dari hidup aku.. Hidup aku harus diteruskan.. Apatah lagi dengan kehadiran permata yang cukup berharta dan bernilai bagi aku, Nur Qaseh Alia Imani.. Dia adalah segala-galanya bagi aku.. Sudah aku simpulkan cerita aku dan dia.. Dan aku x akan buka simpulan itu semula.. Aku biarkan simpulan itu mati.. Semoga dia juga lakukan perkara yang sama dalam dunianya.. Terima kasih


Tuesday 22 January 2013

... perpisahan ...


Susah nak berbicara bila berkaitan tentang soal HATI dan PERASAAN.. Mana mungkin kita boleh paksa orang untuk suka dan terima kita seadanya.. Kita ada hak untuk tak suka orang di sekeliling kita.. Macam tu jugak dengan orang sekeliling kita.. Orang tua-tua cakap, jangan terlalu SAYANG, nanti boleh jadi BENCI.. Jangan terlalu BENCI, nanti boleh jadi SAYANG.. Susahkan bila berkaitan dengan HATI ni.. SAYANG sangat pun tak boleh, BENCI sangat pun tak boleh..
            Anak sungai pun boleh berubah, inikan pula HATI manusia.. Sedangkan pantai pun boleh berubah, inikan pula HATI manusia.. Masa BERCINTA semuanya INDAH.. Kentut pun boleh kata wangi.. Sanggup berkorban apa saja.. DUIT habis beribu pun tak kisah, asalkan dapat bersama dengan orang yang TERSAYANG.. Kalau tak jumpa sehari, semua benda buat tak kena.. Ada je yang tak kena.. Nak kena jumpa setiap hari.. Dapat tengok sekejap pun jadi.. Kalau tak makan pun x pe, kalau dah jumpa.. Kenyang je.. Tengok pasangan senyum pun dah kenyang.. TAPI, itu masa BERCINTA !! Kalau dah PUTUS CINTA, yang BAIK, semuanya nampak BURUK.. Tak ada lagi BY+BBY, ABG+SYG, MA+PA dan lain-lain panggilan yang seangkatan dengannya.. Dah start bahasa AKU+KAU.. Tapi ada juga yang masih berhubung baik.. Terpulang pada diri masing-masing.. Pilihan masing-masing.. Pokok pangkalnya, HATI..
            Semua orang mengimpikan pasangan yang kekal hingga akhir hayat.. Tapi ingatlah, kita MERANCANG tapi Allah yang TENTUKAN.. apa pun kita kena redha dengan qada’ dan qadar Allah.. Memang kita BERJANJI untuk SEHIDUP dan SEMATI, tapi perancangan Allah adalah yang TERBAIK.. Sekali kita lafaz akad, selama-lamanya kita nak HUBUNGAN itu KEKAL.. Tapi segalanya adalah ketentuan Allah..

“Sekali abang lafazkan ijab dan qabul,selama-lamanya sayang akan jadi isteri abg.. Abang tak akan lepaskan sayang sampai bila-bila.”

            Untuk MEMBAHAGIAKAN orang yang kita SAYANG, kita terpaksa buat PENGORBANAN.. Apa yang kita nak, orang yang kita SAYANG tu, BAHAGIA.. Kita berharap dia akan faham apa yang kita buat hari ni adalah untuk kepentingan dia.. Setiap PERTEMUAN pasti aka nada PERPISAHAN.. Redhakanlah hati dengan apa yang berlaku.. Disetiap kepahitan pasti aka nada kemanisan.. InsyaAllah..


Thursday 17 January 2013

... seminggu ...




Alhamdulillah.. Genap seminggu umur baby.. :) Setakat ni alhamdulillah, semuanya baik-baik je keadaan.. Cuma empat hari selepas aku ngan baby balik rumah, kena pergi klinik setiap hari.. Aku ngan suami berdarah O.. Risiko untuk bby kena demam kuning tu tinggi.. First temperature 211, 207, 217, 203.. Takut jugak dengan temperature dia.. :( Tapi Alhamdulillah, doctor cakap x perlu tahan wad.. Hari ni, hari yang ke 8.. Nurse dah tak suruh pergi klinik lagi.. Alhamdulillah.. Kalau tak, setiap hari nak kena amik darah kat tangan dengan kat kaki.. :( Nak menangis tengok anak sendiri kena amik darah.. Tapi bby bagus.. :) Dia x menangis pun bila kena amik darah.. Elok je diam.. :) Harap seminggu ni dan hari-hari yang seterusnya akan terus baik dan tak ada apa-apa masalah.. Kehidupan aku lebih bermakna dengan kehadiran bby.. Ummi sayang bby.. :’)

Wednesday 16 January 2013

... my daughter ...




Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi.. Setelah 37 minggu 4 hari aku mengandungkan baby, akhirnya tepat jam 12.40am @ 11/01/2013 aku selamat melahirkan baby aku yang pertama.. Alhamdulillah, baby aku sihat dan sempurna.. Rasa bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan aku seorang baby yang sempurna, yang comel, dan cukup sifatnya.. Alhamdulillah.. Berkat doa dari mereka yang menyayangi aku, aku selamat melahirkan baby.. :’) Terima kasih kepada mereka yang mendoakan aku.. Aku berharap aku mampu untuk membesarkan baby.. Aku banyak berhutang budi, berhutang duit dengan keluarga aku selama aku mengandung dan melahirkan baby.. Aku berharap dengan izin Allah, aku mampu bayar balik semua duit yang aku guna.. Tapi hutang budi aku tak mampu nak bayar, hanya doa yang aku mampu bagi pada mereka yang banyak membantu aku secara langsung atau tidak langsung.. Kepada ‘dia’, aku merasakan kehadiran dia saat aku melahirkan baby.. :’) terima kasih kerana menemani aku dengan doa dan semangat dia.. Alhamdulillah.. Semoga kebahagiaan tetap milik ‘dia’.. Amin.. Amin.. Amin..

Monday 7 January 2013

.. rindu pungguk pada rang bulan ...



RINDU SANG PUNGGUK PADA RANG BULAN

Pabila sang pungguk rindukan rang bulan
Rang bulan tidak menjawab bukan malu
Tapi mengharap sang pungguk mengerti
Bahawa rang bulan sentiasa rindukan sang pungguk
Biarpun tak dapat turun ke bumi membalas
Rindu sang pungguk
Namun
Biasan rang bulan
Terjelma di tasik malam airnya membiru
Sebiru remang-remang cahaya membiru
Di angkasa raya...
Sang pungguk..rindu mu di balas rang bulan
Lihatlah bayangan bulan di air tasik membiru itu
Menghampiri bayangan mu
Makanya bersyukurlah dikau sang pungguk..
Rindumu terbalas jua

... pungguk dan bulan ...


Tengah berborak dengan bby, teringat cerita Pungguk Rindukan Bulan yang pernah En.Husband ceritakan dulu.. Masa En.Husband cerita, kita orang tengah on the way nak ke Genting Highlands.. Masa ni, aku dengan En.Husband berjumpa selepas berpisah selama enam bulan.. Rindunya kat dia masa tu.. Tapi entah macam mana, boleh berhubung balik dengan dia.. Mungkin dah jodoh agaknya.. :’)

En.Husband cerita, aku macam biasa.. Pendengar yang setia.. Terus dengar dia melalut cerita yang bukan-bukan.. ^__^ walaupun benda tu merepek mengarut, tapi aku terhibur dengan cara penyampaian En.Husband bercerita.. :’) Dia sentiasa bersungguh-sungguh bercerita.. Walaupun itu hanya rekaan dia.. Dia selalu cakap, masa arwah mak Sirah ada dulu, arwah mak selalu jadi tukang cerita dekat cucu-cucu.. En.Husband ni anak yang bongsu, so dia selalu ada dengan arwah mak.. Bila arwah mak bercerita dekat cucu-cucu, En.Husband akan dengar sekali.. :) Tapi sayang, aku tak sempat jumpa arwah mak Sirah.. :’(

Bila la lagi agaknya En.Husband nak bercerita lagi agaknya.. :( Bby pun dah lama tak dengar En.Husband bercerita.. Hope dia akan masih sama macam dulu, akan terus bercerita dan aku akan terus jadi pendengar setia dia.. Amin, amin, amin.. :’)


... rindu dia ...


Pernah tak rasa derita merindu ? Peritkan perasaan tu ? Kita rindukan seseorang tu, tapi kita tak mampu nak buat apa-apa.. Bagi aku, rindu untuk orang yang telah meninggal berbeza dengan manusia yang masih hidup.. Kalau kita rindu pada orang yang telah meninggal, itu boleh kita kawal perasaan kita lagi.. Kita boleh fikir kenyataan kehidupan bahawa yang hidup itu pasti akan mati.. Daripada Allah kita datang, kepada Allah jualah kita akan kembali.. Kita boleh sedekahkan al-Fatihah untuk orang yang sudah pergi, yang kita rindui..

Tapi rindu kita pada seseorang yang masih hidup sangat memeritkan ! itulah yang aku rasa sekarang.. Aku rindukan dia, tapi tak ada apa-apa yang boleh aku buat untuk menghilangkan rindu tu.. Aku tak boleh hubungi dia, aku tak tahu macam mana nak hubungi dia.. Sedangkan aku milik dia.. :’( Aku tak boleh bersemuka dengan dia.. Aku tak boleh jumpa dengan dia, sedangkan dia halal bagi aku.. Untuk aku sentuh, aku pegang, lihat.. :’( Aku hanya nak tengok dia sekejap je.. Aku cuma nak bagi tau dia yang aku rindukan dia.. :’( Aku rindukan senyuman dia, aku rindukan ketawa dia.. Aku rindu nak dengar dia panggil nama aku.. Aku rindu gelaran ni semua dari dia.. :’( Aku rindu dia ya Allah..

“Ummi.. Dak Demok.. Tot Sa.. Madooya.. Sayang..”