Wednesday 28 November 2012

kebenaran tetap kebenaran ...



Bila sebut ‘Ombak Rindu’ mesti semua orang tahu tentang filem hangat lakonan Aaron Aziz, Maya Karin dengan Lisa Surihani.. Cerita ni bermakna buat aku.. Bagi aku, cerita ini banyak kenangan.. Buat aku, buat dia dan dia.. Bagi aku, cerita ni cukup bermakna, tapi aku tak tahu andai cerita ni hanya sekadar cerita bagi dia dan dia..

Melalui cerita ini, aku tahu bahawa bagi dia, cinta pertama dia, tetap di hati dia.. Cinta pertama dia, tetap tiada galang gantinya.. Cinta pertama dia, tidak boleh diganti dengan yang lain.. Wanita pertama yang dikenalinya sebagai cintanya tetap akan dia cinta, sayang, dan kasih dan rindu.. Dan melalui cerita ini, aku tahu bahawa kehadiran aku Cuma persinggahan dalam hidup dia.. Hanya untuk menyakinkan hatinya bahawa wanita pertama yang muncul dalam hidup dia adalah bidadarinya di dunia dan di syurga nanti.. Betapa dia menyayangi dia.. Walaupun berat kenyataan itu untuk aku terima, tapi aku tetap kena redha dan ikhlas terima.. Wanita pertama yang dia kenali yang melahirkan zuriatnya, yang memberikan cahaya mata untuknya.. Masih aku ingat kata-kata dia untuk dia..

abang dah tengok cerita tu, mama. Cerita tu memang terbaik! Isteri pertama memang tetap pilihan abang. Isteri pertama tetap terbaik.”
*****
 Tapi bagi dia, cerita ni cukup membuatkan hatinya membenci aku.. Sehinggakan sampai mati pun dia tak akan memaafkan aku.. Aku terima keputusan dia.. Aku tetap terima dia walaupun hati aku pedih, menangis.. Kerana lagu ni, dia tinggalkan dia untuk berjumpa dengan aku di Kedah..

“Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku”

Tapi aku tak tahu setakat mana kebenaran kata-kata dia.. Aku hanya mampu dengar, untuk mempercayainya, aku tidak rela.. Kerana aku tahu, hati dia tetap pada dia.. Dan aku redha jika aku bukan pilihannya.. Bukan mudah untuk memiliki hati lelaki.. Aku mampu meminjam hati dia tapi aku tak mampu memiliki hatinya, kasihnya, sayangnya, rindunya, cintanya.. Aku hanya sandaran dalam hidupnya.. Aku hanya persinggahan dalam hidupnya..
*****
Aku harap aku mampu melepaskannya seperti mana dia melepaskan aku.. Aku harap aku mampu melupakannya seperti mana dia melupakan aku.. Tapi aku tidak akan mengambil hatiku yang berjaya dimilikinya kerana aku tak mampu mencari yang lain selain dia.. :’)




No comments:

Post a Comment