Friday 28 June 2013

... Nafas terakhir ...

Sedar tak sedar dah hampir enam tahun arwah abah meninggal dunia.. Rindu sangat pada arwah abah.. Teringat segala kenangan bersama dengan arwah abah.. Semua kenangan pahit dan manis dengan arwah abah.. Andai arwah abah ada, mesti abah orang yang paling happy dengan kelahiran Nur Qaseh Alia Imani..  Arwah abah suka baby, suka budak-budak.. Dah bercucu arwah abah..
     Bila diingat balik, ummi bersyukur dapat jaga arwah abah masa sakit walaupun sekejap kat Hospital Besar Seremban.. Semua kenangan masa jaga arwah abah masih segar dalam ingatan ummi.. Ummi dalam tingkatan empat masa tu.. Ummi jaga abah sebab ibu kena kerja.. Nak cari duit.. Keluarga kita bukn keluarga senang.. Kak long pulak masih dalam semester.. Yean kat Perak.. Atin pulak nak SPM.. Ummi amik cuti seminggu.. Kebetulan masa tu ummi demam.. Ummi jaga jugak arwah abah kat hospital.. Masa first day jaga arwah abah, ummi gelabah sikit.. Sebab tak tau apa-apa dan x pernah jaga orang sakit.. First day jaga arwah abah, ummi kena marah sebab slow sangat buat kerja.. Ummi ingat lagi arwah abah marah ummi.. Masa tu orang nak bagi air minum petang.. Arwah abah memang dah x boleh bangun.. Jadi ummi yang buat semua.. Kalau abah nak buang air, nurse yang uruskan.. Badan arwah abah kurus sangat.. Segemuk-gemuk arwah abah boleh jasi kurus sangat-sangat.. Macam rangka betul-betul.. Sayu sangat bila ingat keadaan arwah abah.. Dan ummi ingat lagi.. Lepas ummi kena marah, ummi diam je.. X bercakap dengan abah.. Sebab merajuk dan sedih.. :'( malam tu demam ummi teruk, selsema pun teruk.. Masa ummi buat-buat tidur, ummi dengar abah panggil nurse.. Arwah abah mintak tolong slowkan kipas sebab ummi demam.. "nurse, boleh perlahankan kipas sikit x? Anak saya demam.. Boleh saya mintak panadol?" ummi dengar arwah abah cakap macam tu.. Perlahan-lahan air mata ummi menitis.. Ummi ingat arwah abah marah sebab arwah abah x sayang ummi tapi arwah abah sayang ummi rupanya..
     Seminggu lepas ummi jaga, ummi kena masuk sekolah balik.. Alhamdulillah arwah abah dah boleh duduk.. Doktor suruh arwah abah dipindahkan ke Hospital Tampin.. Masa tu kak long dah start cuti.. Jadi dia yang jaga arwah abah.. Yean masih di Perak sebab ada final exam.. Ummi dengan atin kat Sekolah Teknik Ampangan.. Ibu ulang-alik dari rumah ke hospital naik motor setiap hari bila balik kerja.. Bila seminggu arwah abah ditransfer ke Tampin, semuanya berubah..
     Masa tu kak long jaga arwah abah.. Ibu baru balik kerja tapi nak singgah rumah dulu.. Pak Ngah nak bawak Wan dari rumah nak tengok arwah abah.. Masa tu arwah abah mintak Wan masakkan sayur bendey goreng kicap.. Masa tu tengah hari.. Kak long tengok abah macam susah nak bernafas.. Kak long panggil nurse, tapi nurse buat macam biasa.. Tiba-tiba mulut abah keluar buih.. Kak long cepat-cepat panggil nurse.. Masa tu Pak Ngah dengan Wan baru nak gerak dari rumah.. Ibu pulak masih kat tempat kerja.. Doktor cek abah lama.. Pastu doktor bagi tau abah dah tak ada.. Masa tu ummi ngan atin kat sekolah.. Ummi tengah happy-happy ngan kawan ummi.. Tiba-tiba ada student datang cakap Cikgu Ariffin nak jumpa.. Dia bagi note lecil "diminta pulang,bapa sudah tiada".. Masa tu menggigil badan ummi.. Ummi jatuh terduduk, kawan ummi papah pergi bilik guru.. Masa tu ummi tengok Wan ngan Atuk Bukit Jalil tengah menangis.. Ummi terus meraung.. Bila tengok atin datang, lagi ummi meraung kuat2.. Wan ngan atuk bawak ummi ngan atin balik..
     Masa pak ngah dengan wan sampai hospital, doktor baru sahkan yang arwah abah dah x ada.. Wan terkilan sebab lambat sikit.. Ibu terus bawak motor pergi hospital.. Ibu sangat tabah.. Kalau ummi, ummi x tau apa akan jadi.. Bayangkan suami dah x ada, tapi ibu masih lagi kuat nak bawak kotor.. Ummi rasa kalau isteri lain, maun kena histeria.. Semua saudara mara berkumpul kat rumah wan chengkau.. Jenazah arwah abah diuruskan dihospital.. Masa call yean, yean diam lama.. Pastu dengar macam suara teresak-esak menangis.. Yean terkilan sebab tak dapat uruskan jenazah abah..
     Jenazah abah dibawa balik kerumah dulu sebab saudara-mara datang rumah.. Sebab ibu pun x tengok jenazah lagi.. Sampai rumah, semua dah ada.. Ummi ngan atin pun dah sampai.. Memang terucap apa-apa dah masa tu.. Macam mimpi pun ada.. Ummi nangis peluk mak adik.. Atin pun sama.. Jenazah abah dibawa masuk rumah untuk disembahyangkan.. Ummi tengok jenazah untuk kali terakhir.. Ummi x dapat cium jenazah abah senan ummi menangis.. Pak ngah x bagi sebab takut kena jenazah, seksa mayatnya nanti..Jenazah abah terus dikebumikan petang tu selepas asar.. Ramai sangat tunggu kat tanak perkuburan.. Kawan-kawan lama abah semua ada.. Ummi berdiri tepi liang lahad.. Ummi tengok sampai jenazah betul-betul dikebumikan.. Ummi dudukje nangis kat tepi tu.. X tau apa lagi yang ummi nak buat.. Apa yang ummi tau, ummi kehilangan sesuatu yang sangat berharga dalam hidup ummi..

     "abah, ya rindu sangat dengan abah.. Rindu nak dengar suara abah nyanyi, usik kami adik beradik.. Rindu nak tengok abah bergurau dengan ibu..ya rindu nak salam dengan abah.. Abah tak pernah pukul ya sejak ya kecil lagi.. Kalau abah ada sekarang, mesti ya x jadi macam ni.. Abah, ya rindu nak peluk abah.. Ya rindu sangat.. Abah, ampunkan ya.. Maafkan ya sebab x jaga amanah yang abah bagi pada ya.. Ya sayang abah.."

Zahurin bin Ismail.. Semoga ditempatkan bersama orang yang beriman.. Semoga kita akan kekal menjadi sebuah keluarga sempurna di syurga nanti.. InsyaAllah..

Friday 21 June 2013

... Perkahwinan ...

Ramai wanita yang sudah berkahwin tak rela untuk dimadukan..  Bayangkan bila orang yang disayang, dicinta sepenuh hati, menduakan cinta yang ikhlas dan suci.. Isteri mana yang tak cuba untuk bahagiakan suami? Isteri mana yang tak mahu selalu ada dengan suami? Isteri mana yang tak suka bila dipeluk, dicium dan dimanja oleh suami? Suami mana yang tak sunyi tanpa isteri? Suami mana yang tak mahu makan dan minum air tangan isteri? Suami mana yang tak mahu dimanja dan dibelai oleh isteri? Tapi tak semua alam perkahwinan itu bahagia dan membahagiakan.. Semua insan mengimpikan alam perkahwinan yang bahagia..
     Seorang wanita tak minta mahligai untuk dijadikan singgah sana.. Seorang wanita hanya mahukan sebuah singgah sana yang boleh didiami bersama suami setiap masa.. Seorang wanita tak minta bantal emas untuk dijadikan alas kepala bila tidur.. Seorang wanita itu hanya mahu tidur berbantalkan lengan suami setiap malam.. Seorang wanita itu tak minta selimut sutera untuk pemanas badan.. Seorang wanita itu hanya mahukan pelukan suami bila tidur.. Seorang wanita tak perlukan kereta mewah untuk dibawa bersiar-siar.. Seorang wanita hanya mahukan suami itu sentiasa bersamanya apabila melangkah keluar dari rumah supaya dia sentiasa berasa selamat..
     Seorang suami tak minta makanan yang mahal dan sedap sentiasa.. Seorang suami itu hanya mahu merasa masakan yang dimasak sendiri oleh isteri.. Seorang suami tak minta untuk selalu dilayan bagai raja.. Seorang suami hanya mahukan perhatian dan manja dari isteri.. Seorang suami tak minta untuk selalu menang.. Seorang suami hanya mahu dihormati, ditaati dan disanjungi sebagai pemimpin keluarga.. Seorang suami bukanlah selalu mahu menolak jika diajak keluar bersiar bersama-sama.. Seorang suami hanya mahu waktu untuk nerehat bersama isteri dan keluarga tanpa kemana-mana..
     Alangkah indahnya alam perkahwinan jika suami dan isteri sentiasa bertolak ansur.. Indahnya alam perkahwinan jika suami dan isteri sentiasa mengalah dan menghormati antara satu sama lain..

     "Suami, hargailah isterimu yang telah berpenat lelah menguruskan rumah tangga untuk kebahagiaanmu.. Hargailah isteri yang tak pernah mengeluh akan penat lelah mengurus rumah tangga.. Hargailah isteri yang sanggup melayan kerenahmu, permintaanmu, arahanmu siang dan malam.. Cintailah isterimu yang telah melahirkan zuriatmu.. Cintailah isterimu yang sanggup mengendong bayi didalam perutnya selama sembilan bulan sepuluh hari tanpa mengeluh dan membentak.. Dan fahamilah lafaz akad nikah ketika engkau menerima isterimu itu sebahagian dari hidupmu kerana Allah.."

     "Isteri, hargailah suamimu yang telah bertungkus-lumus mencari rezeki buatmu dan anak-anakmu.. Hargailah suami yang bekerja keras menjaga keselamatanmu dan anak-anakmu.. Hargailah suamimu yang menyediakan rumah, pakaian, perbelanjaan seharian buatmu dan anak-anakmu.. Cintailah suami yang juga adalah bapa kepada anak-anakmu.. Anak-anakmu yang telah engkau lahirkan dari hasil kasih dan sayang, bukan dari nafsu.. Dan ingatlah janjimu ketika hari pernikahanmu bahawa engkaua akan menjalankan tanggungjawabmu dengan penuh taat pada suamimu kerana Allah.."

Thursday 20 June 2013

... Alhamdulillah ...

Macam tak percaya apa yang umi lalui sekarang ni.. Umi macam x percaya yang umi dah ada seorang baby yang comel, sempurna.. Terima kasih ya Allah.. Masih terasa Alia Imani bergerak menendang-nendang dalam perut umi.. Masih umi terasa bahagia bila pegang perut umi yang besar memboyot.. Masih umi dapat rasa wabak 'morning sickness' umi.. Masih umi dapat rasa jari walid pegang perut boyot umi ni..
   macam x percaya yang umi dah bersalinkan Alia Imani.. Bangun tidur je, Alia Imani dah terkebil-kebil kat sebelah umi.. Anak umi bangun lagi awal dari umi.. Kita selalu berguaru, berbual sama-sama.. Walaupun anak umi x dapat balas apa yang umi cakap tapi umi yakin anak umi faham apa yang umi cakap.. Umi bahagia tengok anak umi membesar depan umi.. Setiap hari bersentuhan dengan anak umi.. Anak umi membesar dengan sentuhan umi, kasih sayang umi, teguran dan didikan umi.. Bahagia umi dengan anak umi..
   tak ada yang menggembirakan umi selain meluangkan masa dengan anak umi.. Umi harap kita akan terus bahagia sampai bial-bila.. Umi akan tetap sayangkan anak umi.. Biarlah ada yang tak hargai kehadiran anak umi, umi akan tetap hargai anak umi.. Anak umi segala-galanya bagi umi.. Terima kasih ya Allah..  :')


Tuesday 18 June 2013

... Accident ...

What a bad news! Ummi baru terima call dari siti.. Siti cakap pak ngah accident.. Tak ke berderau darah ummi dengar berita ni.. Kejadian ni berlaku dalam jam lima petang hingga lapan malam.. Ummi x tau the exact time bila accident tu berlaku.. Motor pak ngah langsung dah x boleh guna sebab rim tayar depan dah bengkok.. Motor pun dah berkecai.. Pak ngah x cedera teruk tapi bahu dia problem sikit la.. Maybe pak ngah jatuh mengiring.. That's why bahu dia teruk.. Alhamdulillah orang yang langgar pak ngah tu x lari.. Pak ngah settle elok2.. Dia bagi nombor telefon, alamat, nombor lereta.. Semua dah serah pada balai.. Mungkin pak ngah akan cuti, mungkin x.. Pak ngah baru mintak kat siti nak beli kereta.. Dia baru bincang dengan siti.. Alih2 jadi macam ni pulak..
     ummi risau betul bila naik motor ni.. Macam2 boleh jadi.. Bahaya sangat.. Statistic kemalangan jalan raya banyak melibatkan pemandu motorsikal.. Bila lalu sebelah kenderaan yang besar2 ni, berderau je jantung.. Ummi berharap penunggang motorsikal kat luar sana akan berjaga jaga dan berhati hati selalu.. InsyaAllah semua selamat.. Jangan lupa baca doa naik kenderaan.. Semoga Allah melindungi kita dari segala bahaya dan musibah.. InsyaAllah..

Friday 14 June 2013

... Happy Father's Day ...

Selamat Hari Bapa, Lya ucapkan pada arwah abah, Zahurin bin Ismail.. Terima kasih kerana telah membesarkan Lya dengan sempurna.. Terima kasih sebab memberikan didikan yang sempurna pada Lya.. Lya rindukan kenangan kita sama-sama.. Semua kenangan Lya dengan abah dari kecik sampai Lya besar.. Lya rindu nak bergurau dengan abah.. Rindu nak kena marah dengan abah.. Rindu nak naik motor dengan abah.. Rindu nak ikut abah pergi jalan-jalan.. Rindu sangat.. Abah, terima kasih lya ucapkan.. Abah dah banyak berkorban untuk anak-anak abah.. Abah banyak memberikan dorongan dan galakan.. Abah marah anak-anak abah sebab abah sayang.. Lya x pernah kena pukul dengan abah.. Abah x pernah jentik Lya sejak Lya kecik lagi.. Terima kasih abah.. Tapimkita terpaksa berpisah sebab abah ada penyakit kanser usus.. Tahun 2008, abah tinggalkan kami sekeluarga.. Ibu sangat kuat semangat bila abah tinggalkan kami.. Lya akan terus berdoa agar abah ditempatkan bersama orang yang beriman..

Tak lupa jugak Lya nak ucapkan Selamat Hari Bapa pada suami Lya, Muqti bin Mohamad.. Terima kasih kerana berikan Lya peluang untuk lahirkan zuriat abang.. Pada bapa mertua Lya, Mohamad.. Semoga kita akan berjumpa jugak satu hari nanti.. InsyaAllah

Thursday 13 June 2013

... rindu ...

ya Allah, aku rindu.. aku rindu nak solat berjemaah bersama dia.. aku rindu mendengar suara lunak dia membaca ayat suci al-quranmu.. aku rindu mendengar suaranya mendayu-dayu mengalunkan ayat suci al-quranmu.. aku rindu nak mengaminkan doa yang dibacanya setelah kami selesai solat.. aku rindu untuk bersalam dengannya.. aku rindu untuk meminta maaf atas segala kekurangan dan kesilapan aku padanya.. aku wanita yang terlalu banyak melakukan dosa padanya.. dosaku padanya setinggi gunung seluas lautan.. dan tak mungkin dia akan memaafkan aku kerana maruahnya yang telah aku abaikan.. aku rindupadanya ya Allah.. sampaikan salam rinduku padanya ya Allah.. berilah aku peluang sekali sahaja lagi untuk menjadi makmumnya dan solat berjemaah dengannya.. amin.. amin.. amin

Monday 10 June 2013

... kisah cinta ...



tak semua kisah cinta akan berakhir dengan bahagia.. jodoh, ajal, maut semuanya ditangan Allah.. walaupun kita anggap orang tu adalah orang yang tepat untuk kita, tapi sebenarnya Allah lebih mengetahui.. mungkin jodoh kita x panjang dengan seseorang tu.. apa yang kita sayang, itulah yang Allah akan ambil dari kita.. sebab tu bila sayang kena berpada-pada.. jangan terlalu sayang melebihi sayang kita pada Allah..apabila kita bercinta, Allah akan pisahkan kita dengan caranya.. ada yang dipisahkan melalui kematian..dan ada juga melalui perceraian.. kisah cinta realiti jauh berbeza dengan kisah cinta novel, drama atau movie.. kisah cinta kita ditulis oleh Allah dan kisah cinta dalam novel, drama, movie pulak ditulis oleh manusia.. siapa sangka kisah cinta sweet antara ummi dengan dia akan berakhir macam ni.. ummi adalah wanita paling bahagia saat ummi kenal dia.. tapi bila ummi memiliki dia, ummi terpaksa melepaskan dia.. ummi tak sangka, hubungan baik, akrab, rapat antara ummi dengan dia brubah menjadi musuh dan perasaan sayang bertukar menjadi dendam.. semua kenangan dah terkubur.. hilang segala rasa hormat, kasih, sayang, rindu dan cinta.. hilang rasa hormat dia pada keluarga ummi.. ummi tak kenal keluarga dia.. tapi mungkin lebih baik sebab ummi mungkin tak diterima.. ummi tak sangka.. kisah manis masa bercinta terkubur saat ummi berjaya memiliki dia.. ummi berjaya pinjam hati dia tapi ummi tak berjaya memiliki hati dia.. ummi berharap dia akan terus bahagia tanpa ummi.. segalanya mungkin.. kalau dulu dia boleh bahagia, kenapa tak sekarangkan.. ummi buat semuani demi kebaikan dia.. ummi berharap dia akan faham satu hari nanti.. dan masa tu, biarlah ummi dah tak bernyawa lagi.. hanya anak ummi akan menceritakan segalanya pada dia.. tahulah hati bahawa aku sayanng, rindu, cinta dan kasih pada-Mu

Sunday 9 June 2013

... meragam bersebab ...

hati ibu mana yang tak risau bila anak asyik menangis siang malam tak berhenti.. sejak Alia Imani lahir, anak ummi ni tak pernah menangis teruk macam sekarang ni.. semuanya bermula hari khamis.. pagi khamis tu anak ummi dah buat perangai.. dah meragam.. selalunya kalau ummi nak buat kerja, nak makan atau nak mengemas, ummi akan letak anak ummi depan tv.. tapi sejak pagi khamis tu, anak ummi tak boleh tinggal.. bila ummi hilang je, anak ummi terus menangis kuat-kuat macam kena pukul.. tapi petang tu ummi nak kena pergi rumah mak long.. pagi jumaat ummi ada interview.. malam tu, lepas ummi sampai rumah mak long, siti mesej ummi.. sitincakap anak ummi tak berhenti menangis.. kalau tidur pun sekejap je.. bila tidur,asyik kena kacau.. macam ada yang menyergah anak ummi sampai anak ummi terkejut.. bila anak ummi menangis, badan anak ummi keras dan menggigil.. macam takut sangat.. ummi ingatkan anak ummi nangis sebab ummi tinggal.. ummi pun x amik kisah sangat.. pagi jumaat tu, ummi terus pergi interview.. alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.. siti mesej ummi.. siti cakap kaki dia ada dua lebam.. dia x tau buila kena.. sebab malam tu, memang x ada langsung kesan lebam tu.. siti suruh terus balik sebab nak bawak anak ummi pergi berubat dengan Ustaz Zuraihan.. ummi terus balik.. terkejutnya ummi, Allah saja yang tahu:bila ummi tengok anak ummi.. muka anak ummi pucat sangat.. ummi bagi susu, anak ummi tak nak..siti nak bawak terus petang tu.. sampai kat rumah ustaz, ustaz pulak x ada.. dia suruh datang pagi esok.. mlm tu, anak ummi memang tak tidur.. pukul 8-12 malam, memang lena anak ummi tidur.. ummi bukak al-quran MP3, ummi letak kat anak ummi.. lepas je pukul 12, anak ummi terjaga dalam terkejut dan terus meraung.. start dari pukul 12-3, anak ummi tak tidur dah.. lepas tu, tidur sekejap sampai dengar azan subuh.. pagi tu, bawak pergi jumpa ustaz.. ustaz baca ayat suci al-quran.. anak ummi terus meraung, menangis.. ustaz cakap jemang ada gangguan.. mungkin 'kerenah'.. kerenah ni adalah gangguan dari nenek moyang yang telah meninggal.. dan sebab lebam kat kaki siti, mungkin ada saka yang cuba nak masuk.. tapi ustaz cakap, rumah ummi berpagar dengan ayat suci al-quran.. ustaz bagi air, suruh bagi anak minum dan sapu pada badan.. dan ustaz jugak cakap yang gangguan ini datang dari mak ayah anak ni sendiri.. bila ada gangguan pada ummi, akan kena juga pada anak ummi.. macam tu jugak dengan walid.. kalu walid ada gangguan jin, akan terkena juga pada anak ummi ni.. balik jumpa dari ustaz, terus ummi bagi minum air tu, sapu kat badan.. malam tu, gangguan masih ada cuma tak seteruk malam sebelumnya.. anak ummi masih menangis.. ustaz call, suruh baca ayat kursi, kat air yang dia bagi, renjis pada dinding rumah bermula dari pintu depan dan bermula dengan sebelah kiri..ummi buat.. lepas tu, anak ummi diam.. kebetulan pak ngah pun ada malam tu.. ustaz suruh azan dan bukak pintu rumah dengan niat, apa saja jin dan syaitan yang ada pada anak, mintak dijauhkan dari anak.. lepas buat macam tu, terus anak ummi senyap dan tidur lena.. malam tu, alhamdulillah anak ummi tidur lena sampai ke subuh.. tapi gangguan tu masih ada, cuma tak teruk.. dia masih terkejut dan semangat dia dah hilang.. ustaz tak bagi jerit atau buat anak terkejut.. tapi semangat dielemah.. dan sekarang, ummi buat air sendiri.. lepas solat, ummi baca surah al-fatihah, ayat kursi dan 4 kul, selawat dan istifar sebanyak yang boleh dan hembus pada air.. air tu ummi bagianak ummi minum, sapu di badan.. alhamdulillah berkesan.. ummi berharap semuanya akan beransur pulih.. ummi yakin hanya kuasa Allah yang meliputi segalanya.. apa sasaja kuasa, tak boleh menandingi kuasa Allah.. ummi yakin dengan ayat suci Allah.. ummi berserah pada Allah.. insyaAllah

Wednesday 5 June 2013

... temuduga SPA ...

semua perasaan bercampur baur.. rasa takut ada, yakin ada, malu ada, nak nangis pun ada.. ummi cuma berharap ummi mampu buat yang terbaik untuk temuduga ni.. sekurang-kurangnya kalau ummi berjaya, atas usaha ummi sendiri.. ummi dah berusaha.. ummi dah cuba alert dengan current issue, dan cuba menajamkan daya ingatan ummi yang dah tumpul ni dengan mengingat nama-nama menteri yang baru ni.. ummi dah baca persedian menghadapi temuduga.. luaran dan dalaman.. setersnya ummi berdoa.. usaha mestilah diikuti dengan doa.. ummi berharap Allah makbulkan doa ummi.. ummi nak kerja, nak besarkan anak ummi dengan hasil titik peluh ummi sendiri.. ummi nak ringankan beban walid untuk tanggung kita sekeluarga.. ummi nak balas jasa siti yang dah banyak berkorban untuk ummi.. ummi nak bahagiakan walid..
anak ummi doakan kejayaan ummi ye.. ummi harap walid pun doakan kejayaan ummi.. ummi harap walid redhakan ummi pergi interview ni.. ummi buat semua ni untuk kita semua.. doakan ummi :')

Wednesday 22 May 2013

... debab demam ...



     Risaunya ummi bila anak ummi ni merengek tak berhenti.. Rupa-rupanya anak ummi ni nak demam.. :( Kesian anak ummi.. Start dari hari isnin lagi Alia Imani ni dah meragam rupanya.. Tapi ummi tak perasan sebab ummi busy nak test JPJ untuk lesen ummi.. Maafkan ummi ye sayang.. :( Ummi dah terlepas pandang penjagaan anak ummi.. Patut la bila ummi balik je, Alia Imani tak nak berenggang dengan ummi.. Manjanya anak ummi ni.. ^_^ Tapi senyuman Alia Imani tetap tak berubah.. Bila ummi panggil, tetap senyum :)

     Badan Alia Imani dah start suam-suam dah.. Siti cakap mungkin nak berubah bulan @ nak besar @ nak tumbuh gigi.. Macam-macam la.. Risau jugak ummi.. Dah la siti kerja malam.. Ummi harap tak jadi apa-apa yang serius.. Siti pulak nak pergi Klang sampai hari isnin ni.. :( Tinggal ummi dengan Alia Imani je.. Ummi harap demam anak ummi ni dah sembuh esok..

     Kesian manja ummi.. Nak berpeluk je dengan ummi.. Susu pun anak ummi ni tak nak minum.. :( Manja ummi minum air masak je.. Tak nak tidur bawah, nak tidur atas pangku ummi.. Ummi letak sekejap je, sayang ummi dah merengek.. :(

“Alia Imani, sembuh cepat tau.. Ummi rindu nak dengar suara ceria anak ummi.. Ummi rindu nak bergurau dengan anak ummi.. Ummi tak rasa susah pun bila pangku anak ummi tapi ummi rasa tenang sangat.. Iman cepat sembuh ye sayang....”


Sunday 28 April 2013

.. battlescars ...


I wish I never looked, I wish I never touched
I wish that I could stop loving you so much
Cause I'm the only one that's trying to keep us together
When all of the signs say that I should forget him
I wish you weren't the best, the best I ever had
I wish that the good outweighed the bad
Cause it'll never be over, until you tell me it's over
You shouldn't have but you said it
And I hope you never come back
It shouldn't have happened but you let it
Now you're down on the ground screaming medic
The only thing that comes is the post-traumatic stresses
Shields, body armors and vests don't properly work
That's why you're in a locker full of hurt
The enemy within and all the fires from your friends
The best medicine is to probably just let it win
You hoped the wound heals, but it never does
That's cause you're at war with love
Hope it heals, but it never does
That's cause you're at war with love!


Friday 26 April 2013

... lagu comel ...


Cak kelepik kelepuk kelepak
Woh brange lokoh kulik
Akak ceghano x dok tebaka
Maghi same kito balik

Lek lek gung
Pok salik kena sigung
Air pase dale sughut pukul limo
Nona bangun pagi sighe pokok bungo
Pokok bungo melor tane tepi batah
Itik betelo aye menetah
Cik minoh jatuh paghit
Cik ghoni tolong taghik

Lagu orang Kelantan yang di ajarkan oleh ibu.. gaya pembawakan memang kelakar tapi ummi suka lagu ni.. Best je bila dengar ibu nyanyi.. Haha.. Ibu anak jati Kelantan, so no wonder la dia menyanyi lagu ni sedap.. Hehehe.. So sape-sape yang tahu lagu ni, boleh la download dalam MP3 buat koleksi :D

Thursday 11 April 2013

... cinta ibu & abah ...


     Satu pagi, ummi dengan ibu duduk dengan Alia Imani.. ibu teringatkan arwah abah.. ibu tanya.. “Kau sayang Imani tak?” Ummi gelak dengar ibu tanya dan ummi jawab, “mesti la sayang.. ya lebih sayangkan Imani dari Haiqal.”

     Lepas tu, ibu bukak cerita ibu dengan arwah abah.. abah pernah tanya ibu.. “Ina, antara anak-anak dengan Man, Ina lebih sayangkan siapa?” bila ibu dengar abah tanya macam tu, ibu jawab, “uuhh, antara Man dengan anak-anak, Ina jauh sayang anak-anak.”

     Maknanya, ibu lebih sayangkan anak-anak ibu dari abah.. Tapi ibu tetap sayang abah maknanya. Lepas tu, ibu pulak tanya abah.
“Man pulak? Antara Ina dengan anak-anak, mana lebih Man sayang?” Abah jawab, “Sayang Man pada Ina tak ada gantinya dalam dunia ni. Man lebih sayang Ina dari anak-anak. Tak ada tandingnya sayang Man pada Ina.”

     Ummi gelak dengar ibu cerita. Dan ibu cakap, susah nak jumpa lelaki macam abah. Abah selalu cakap dengan ibu yang abah sayangkan ibu.. Setiap masa abah akan tanya ibu, “Ina sayang Man tak?” Itu lah soalan yang tak pernah lengkang dari mulut abah pada ibu.. Ibu cakap, susah nak jumpa lelaki yang tunjukkan sayang, yang tundukkan egonya..Memang betul apa yang ibu cakap.. Lelaki susah nak tunjukkan sayang.. Dan ibu bertuah berkahwin dengan abah.. Dan kami, anak-anak ibu dengan abah bertuah punyai ibu dengan abah.. :’)

     Semoga cinta ibu dan abah akan terus mekar walaupun abah dah meninggal dunia..

(NATRAH BINTI CHE DAUD & ZAHURIN BIN ISMAIL)

Sunday 7 April 2013

... anak-anak ummi ...



Setelah lama menunggu, akhirnya dapat jugak ummi jumpa dengan anak ummi.. secara luaran, anak ummi dah cukup tiga.. dulu suami ummi pernah tanya.. “sayang nak anak berapa?” dan ummi jawab, “tiga atau empat okey la.”.. and then husband balas balik “larat ke?” hahahaha.. masa tu rasa malu sendiri.. anak ummi yang sulung, NUR MIRZA ALISYA sekarang dah umur tiga tahun lebih.. yang second, NUR MARITZA AFRINA sekarang nak masuk umur lima bulan.. and yang bongsu, betul2 anak ummi.. NUR QASEH ALIA IMANI.. sekarang nak masuk umur empat bulan..

Ummi sayang semua anak-anak ummi.. Tapi mirza dengan maritza tak duduk dengan ummi.. dia orang duduk dengan mama.. ummi harap anak-anak ummi ingat ummi selalu.. :) dan ummi harap, anak-anak ummi akan ada hubungan baik antara satu sama lain bila dah besar nanti.. amin, amin, amin.. :)


Sunday 31 March 2013

... her engagement and his wedding ...


    Jutaan tahniah aku ucapkan kepada Fasha Nabilla binti Abdul Hamid sebab dah bertunang.. exact tarik aku x sure tapi aku tetap nak ucapkan tahniah kepada beliau kerana dah bertunang dengan Ab Ghafar Othman.. Harap jodoh beliau dengan tunang beliau akan ekal hingga ke jinjang pelamin dan akan membawa ke syurga yang bahagia.. Semoga beliau akan menjadi seorang tunang yang setia dan bahagia dan akan menjadi seorang isteri yang solehah.. Dan semoga kebahagiaan beliau dengan tunang aan berkekalan sampai bila-bila.. Semoga ahli keluarga beliau juga bahagia dengan kehadiran orang baru.. Amin..

     Berbillion tahniah aku ucapkan jugak kepada Fauzie Badol (Pojie) yang dah selamat mendirikan rumah tangga bersama gadis pilihan beliau.. Kalau tak silap, kenduri tu berlangsung kat Johor, hari yang sama dengan majlis pertunangan Fasha Nabilla tadi.. apa pun aku doakan semoga Pojie dikurniakan cahaya mata yang comel-comel dan chaya mata yang ramai.. Amin.. Semoga jodoh Pojie dan pasangan akan kekal sehingga ke syurga.. Amin..


Thursday 28 February 2013

... just her ...



Bertuahnya aku sebab aku diberi peluang untuk menjadi seorang ummi.. Lepas aku dah ada anak sendiri, baru aku faham perasaan seorang ‘IBU, EMAK, MAMA, UMMI, MUMMY’.. macammana perasaan sayang seorang ummi pada seorang anaknya.. Baru sekarang aku faham apa perasaan ibu aku, NATRAH BINTI CHE DAUD.. betapa sayangnya dia pada anak-anaknya.. Macam ibu-ibu lain jugak, nak yang terbaik untuk anak masing-masing.. Aku pun nak yang terbaik untuk anak aku, NUR QASEH ALIA IMANI.. semua yang aku buat untuk dia, aku nak yang terbaik dan sempurna.. semuanya aku nak buat sendiri.. aku nak apa yang Imani pakai, Imani makan, minum.. semuanya dari tangan aku.. :) bila malam, semua orang dah tidur, aku masih berjaga, layan kerenah Imani.. entah dia ikut vampire mana entah.. huhu.. siang bukan main lagi dia lena tidur.. tapi bila malam, aktif betul dia.. walaumacam mana mengantuk pun, aku akan tetap berjaga.. sanggup minum kopi, yang aku tak pernah2 minum sebelum ni.. semata-mata nak jaga dia waktu malam.. ^__^ kadang2 rasa nak marah je bila dia nak tidur.. tapi bila pandang Imani lama-lama, timbul rasa kesian dan tak sampai hati.. apalah yang baby faham.. yang dia tahu, tidur dan makan..  aku sabarkan hati dengan kerenah anak aku yang seorang ini.. Cuma ini harta dunia dan akhirat aku.. hanya Imani yang aku ada.. aku harap aku mampu jadi UMMI yang terbaik buat Imani.. :’)


Wednesday 30 January 2013

..move on !!! ...

IT’S TIME TO MOVE ON !!!

APA YG ADA DALAM KEPALA AKU SEKARANG, CUMA MINTA DIRI AKU SENDIRI UNTUK TERUSKAN KEHIDUPAN AKU DENGAN TABAH, DAN LUPAKAN SEGALA YANG BERLAKU ! DAN ITU YANG AKU LAKUKAN.. DAH SAMPAI MASA UNTUK AKU BERHENTI BERHARAP DAN LUPAKAN SEMUANYA DAN TERUSKAN KEHIDUPAN AKU DENGAN LEBIH CEMERLANG.. INI BUKANLAH TANDANYA DUNIA AKU DAH KIAMAT BILA AKU KEHILANGAN DIA, TAPI DUNIA AKU BARU SAJA BERMULA !

Friday 25 January 2013

... pantang wanita bersalin ...


Banyak jugak pantang bagi wanita selepas bersalin ni.. Selepas aku alami sendiri, baru tahu banyak pantang yang x boleh dilanggar oleh wanita yang lepas bersalin.. Sama je bagi yang bersalin normal atau operate (czer).. Tapi orang cakap, bersalin normal x kena berpantang macam bersalin operate.. Kalau bersalin operate, kena banyak pantang sebab nak sembuhkan luka dalaman.. Aku ni salah sorang dari ummi yang bersalin operate.. Memang banyak pantang larang.. Nak makan itu x boleh, makan ini x boleh.. Bukan setakat makan, nak buat kerja pun x boleh.. ^__^

                Bab makan memang banyak pantang.. Benda sejuk, benda panas, benda berbisa, semua x boleh makan.. Sebab akan bagi effect kat luka dalaman.. Badan aku kecik, so jahitan kat perut tu nampak nice je.. :) Semua nurse puji jahitan cantik.. Tapi kalau jahitan cantik, tapi dalaman x cantik, x elok jugak.. Takut makanan yang kita makan tu buat luka dalaman jadi bernanah.. Semua lapisan yang dipotong ada 3 lapisan.. Aku ni dah la yang kuat makan.. So, kena tahan makan untuk 44 hari.. Tapi seelok-eloknya, 100 hari.. Pernah aku bantai air sejuk hampir separuh botol sebab terlalu haus, sekejap tu, jahitan rasa bengkak.. :( Orang tua-tua cakap, minum banyak air boleh buat jahitan membengkak.. Lepas tu, aku x minum air sangat dah.. Aku suka makan sayur yang ibu masak, sayur sawi je.. Ikan pun kena berpantang.. Tapi setengah orang cakap, jangan berpantang sangat sebab nanti anak kedua lagi kena berpantang.. X tau nak ikut mana satu..

                Bab kerja pun ada pantangnya.. X boleh angkat benda-benda berat.. Aku pernah angkat periuk nasi, pun kena bebel dengan ibu.. Orang bersalin operate x boleh menyapu, nanti bentan.. Aku pun buntu x tau nak buat apa.. Kesian pulak tengok ibu yang kena buat semua kerja.. Aku ni Cuma nak membantu.. ^__^ Aku nak angkat bantal pun ibu x bagi.. Aku tidur dalam bilik, atas katil sebab kalau operate, susah nak bangun duduk.. Baby tidur dengan ibu, bila baby nak susu, ibu bawak datang dekat aku.. Hari ni, ibu dah start kerja, nak x nak, aku kena usahakan sendiri.. Semua benda dah kena buat sendiri.. Tapi ibu dah siap masak.. Aku Cuma tinggal uruskan baby je..

                Banyak jugak pantang larang yang lain yang aku tau tapi x ingat semua.. Tak boleh pijak simen, nanti sejuk.. Kalau mandi, kena basuh rambut setiap hari, kena mandi air serai wangi.. Tak boleh pijak tahi ayam candu.. Aku pun x tau ape ghope tahi ayam candu tu.. ^__^ Kalau nak mandi,  x boleh mandi malam.. Orang baru lepas bersalin x boleh ditinggalkan sorang-sorang.. Nanti ada ‘benda’ meneman.. Ni, orang-orang tua la yang cakap.. Aku pun x tau betul ke tidak.. Tapi ibu selalu je tinggal aku sorang-sorang.. Sebab kat rumah ni cuma ada aku dengan ibu.. Orang bersalin kena ikat rambut tinggi sebab berkaitan dengan darah, kalau x, nanti boleh meroyan..

                Macam-macam ye orang lepas bersalin kena pantang.. Aku harap, aku boleh teruskan berpantangan aku ni sampai cukup 100 hari.. InsyaAllah.. :)


... simpulan kenangan ...


Sejak berbulan dia pergi, aku terfikir.. Kenapa mesti aku terus hidup dalam kenangan? Kenapa mesti aku menangis, meratap sesuatu yang telah hilang dari aku.. Kenapa mesti aku nak rampas sesuatu yang bukan lagi milik aku? Setelah aku fikir-fikirkan, mungkin patut aku kuburkan segala kenangan aku dengan dia.. Akan aku kuburkan tanpa nisan dan tanda.. Akan aku biarkan segala kenangan hilang di padam ingatan.. Jika aku terus menanti, menunggu, aku akan terus hanyut, aku akan terus leka.. Dan ini akan memakan diri aku sendiri.. Tanpa aku pedulikan perasaan orang sekeliling yang sayangkan aku.. Banyak bagi sokongan dan nasihat pada aku.. Bukan aku termakan kata orang sekeliling.. Tapi cukuplah petunjuk yang Allah dah bagi pada aku melalui mimpi.. Mimpi yang sama berulang kali yang menunjukkan dia akan pergi meninggalkan aku.. Dan sekarang mimpi itu dah jadi kenyataan.. Dia betul-betul pergi tinggalkan aku yang masih perlukan dia..

            Tapi hidup perlu diteruskan.. Aku harus gagah melangkah tanpa dia.. Dia bukan milik aku.. Dia milik Allah.. Walau macam mana sayang aku pada dia, dia akan tetap pergi suatu hari nanti.. Mungkin dengan cara yang satu ini, aku mampu untuk melupakan dia seperti mana dia melupakan aku.. Semua barang pemberian, gambar kenangan, kata-kata janji, mesej dan emel, sudah aku lupuskan.. Tiada satu pun yang tinggal dalam simpanan aku.. Semua sudah aku kuburkan dengan air mata aku.. Aku hanya mampu berharap, segala kenangan yang pernah aku lalui dengan dia, tak akan aku tempuhi lagi.. Cukuplah sekali aku hidup dalam dilema perasaan pada dia, yang kesudahannya aku bertepuk sebelah tangan..

            Doa aku pada dia, semoga dia bahagia dalam dunianya.. Semoga kehidupannya akan menjadi lebih tenang dengan pemergiannya dari hidup aku.. Hidup aku harus diteruskan.. Apatah lagi dengan kehadiran permata yang cukup berharta dan bernilai bagi aku, Nur Qaseh Alia Imani.. Dia adalah segala-galanya bagi aku.. Sudah aku simpulkan cerita aku dan dia.. Dan aku x akan buka simpulan itu semula.. Aku biarkan simpulan itu mati.. Semoga dia juga lakukan perkara yang sama dalam dunianya.. Terima kasih


Tuesday 22 January 2013

... perpisahan ...


Susah nak berbicara bila berkaitan tentang soal HATI dan PERASAAN.. Mana mungkin kita boleh paksa orang untuk suka dan terima kita seadanya.. Kita ada hak untuk tak suka orang di sekeliling kita.. Macam tu jugak dengan orang sekeliling kita.. Orang tua-tua cakap, jangan terlalu SAYANG, nanti boleh jadi BENCI.. Jangan terlalu BENCI, nanti boleh jadi SAYANG.. Susahkan bila berkaitan dengan HATI ni.. SAYANG sangat pun tak boleh, BENCI sangat pun tak boleh..
            Anak sungai pun boleh berubah, inikan pula HATI manusia.. Sedangkan pantai pun boleh berubah, inikan pula HATI manusia.. Masa BERCINTA semuanya INDAH.. Kentut pun boleh kata wangi.. Sanggup berkorban apa saja.. DUIT habis beribu pun tak kisah, asalkan dapat bersama dengan orang yang TERSAYANG.. Kalau tak jumpa sehari, semua benda buat tak kena.. Ada je yang tak kena.. Nak kena jumpa setiap hari.. Dapat tengok sekejap pun jadi.. Kalau tak makan pun x pe, kalau dah jumpa.. Kenyang je.. Tengok pasangan senyum pun dah kenyang.. TAPI, itu masa BERCINTA !! Kalau dah PUTUS CINTA, yang BAIK, semuanya nampak BURUK.. Tak ada lagi BY+BBY, ABG+SYG, MA+PA dan lain-lain panggilan yang seangkatan dengannya.. Dah start bahasa AKU+KAU.. Tapi ada juga yang masih berhubung baik.. Terpulang pada diri masing-masing.. Pilihan masing-masing.. Pokok pangkalnya, HATI..
            Semua orang mengimpikan pasangan yang kekal hingga akhir hayat.. Tapi ingatlah, kita MERANCANG tapi Allah yang TENTUKAN.. apa pun kita kena redha dengan qada’ dan qadar Allah.. Memang kita BERJANJI untuk SEHIDUP dan SEMATI, tapi perancangan Allah adalah yang TERBAIK.. Sekali kita lafaz akad, selama-lamanya kita nak HUBUNGAN itu KEKAL.. Tapi segalanya adalah ketentuan Allah..

“Sekali abang lafazkan ijab dan qabul,selama-lamanya sayang akan jadi isteri abg.. Abang tak akan lepaskan sayang sampai bila-bila.”

            Untuk MEMBAHAGIAKAN orang yang kita SAYANG, kita terpaksa buat PENGORBANAN.. Apa yang kita nak, orang yang kita SAYANG tu, BAHAGIA.. Kita berharap dia akan faham apa yang kita buat hari ni adalah untuk kepentingan dia.. Setiap PERTEMUAN pasti aka nada PERPISAHAN.. Redhakanlah hati dengan apa yang berlaku.. Disetiap kepahitan pasti aka nada kemanisan.. InsyaAllah..


Thursday 17 January 2013

... seminggu ...




Alhamdulillah.. Genap seminggu umur baby.. :) Setakat ni alhamdulillah, semuanya baik-baik je keadaan.. Cuma empat hari selepas aku ngan baby balik rumah, kena pergi klinik setiap hari.. Aku ngan suami berdarah O.. Risiko untuk bby kena demam kuning tu tinggi.. First temperature 211, 207, 217, 203.. Takut jugak dengan temperature dia.. :( Tapi Alhamdulillah, doctor cakap x perlu tahan wad.. Hari ni, hari yang ke 8.. Nurse dah tak suruh pergi klinik lagi.. Alhamdulillah.. Kalau tak, setiap hari nak kena amik darah kat tangan dengan kat kaki.. :( Nak menangis tengok anak sendiri kena amik darah.. Tapi bby bagus.. :) Dia x menangis pun bila kena amik darah.. Elok je diam.. :) Harap seminggu ni dan hari-hari yang seterusnya akan terus baik dan tak ada apa-apa masalah.. Kehidupan aku lebih bermakna dengan kehadiran bby.. Ummi sayang bby.. :’)

Wednesday 16 January 2013

... my daughter ...




Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi.. Setelah 37 minggu 4 hari aku mengandungkan baby, akhirnya tepat jam 12.40am @ 11/01/2013 aku selamat melahirkan baby aku yang pertama.. Alhamdulillah, baby aku sihat dan sempurna.. Rasa bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan aku seorang baby yang sempurna, yang comel, dan cukup sifatnya.. Alhamdulillah.. Berkat doa dari mereka yang menyayangi aku, aku selamat melahirkan baby.. :’) Terima kasih kepada mereka yang mendoakan aku.. Aku berharap aku mampu untuk membesarkan baby.. Aku banyak berhutang budi, berhutang duit dengan keluarga aku selama aku mengandung dan melahirkan baby.. Aku berharap dengan izin Allah, aku mampu bayar balik semua duit yang aku guna.. Tapi hutang budi aku tak mampu nak bayar, hanya doa yang aku mampu bagi pada mereka yang banyak membantu aku secara langsung atau tidak langsung.. Kepada ‘dia’, aku merasakan kehadiran dia saat aku melahirkan baby.. :’) terima kasih kerana menemani aku dengan doa dan semangat dia.. Alhamdulillah.. Semoga kebahagiaan tetap milik ‘dia’.. Amin.. Amin.. Amin..

Monday 7 January 2013

.. rindu pungguk pada rang bulan ...



RINDU SANG PUNGGUK PADA RANG BULAN

Pabila sang pungguk rindukan rang bulan
Rang bulan tidak menjawab bukan malu
Tapi mengharap sang pungguk mengerti
Bahawa rang bulan sentiasa rindukan sang pungguk
Biarpun tak dapat turun ke bumi membalas
Rindu sang pungguk
Namun
Biasan rang bulan
Terjelma di tasik malam airnya membiru
Sebiru remang-remang cahaya membiru
Di angkasa raya...
Sang pungguk..rindu mu di balas rang bulan
Lihatlah bayangan bulan di air tasik membiru itu
Menghampiri bayangan mu
Makanya bersyukurlah dikau sang pungguk..
Rindumu terbalas jua

... pungguk dan bulan ...


Tengah berborak dengan bby, teringat cerita Pungguk Rindukan Bulan yang pernah En.Husband ceritakan dulu.. Masa En.Husband cerita, kita orang tengah on the way nak ke Genting Highlands.. Masa ni, aku dengan En.Husband berjumpa selepas berpisah selama enam bulan.. Rindunya kat dia masa tu.. Tapi entah macam mana, boleh berhubung balik dengan dia.. Mungkin dah jodoh agaknya.. :’)

En.Husband cerita, aku macam biasa.. Pendengar yang setia.. Terus dengar dia melalut cerita yang bukan-bukan.. ^__^ walaupun benda tu merepek mengarut, tapi aku terhibur dengan cara penyampaian En.Husband bercerita.. :’) Dia sentiasa bersungguh-sungguh bercerita.. Walaupun itu hanya rekaan dia.. Dia selalu cakap, masa arwah mak Sirah ada dulu, arwah mak selalu jadi tukang cerita dekat cucu-cucu.. En.Husband ni anak yang bongsu, so dia selalu ada dengan arwah mak.. Bila arwah mak bercerita dekat cucu-cucu, En.Husband akan dengar sekali.. :) Tapi sayang, aku tak sempat jumpa arwah mak Sirah.. :’(

Bila la lagi agaknya En.Husband nak bercerita lagi agaknya.. :( Bby pun dah lama tak dengar En.Husband bercerita.. Hope dia akan masih sama macam dulu, akan terus bercerita dan aku akan terus jadi pendengar setia dia.. Amin, amin, amin.. :’)


... rindu dia ...


Pernah tak rasa derita merindu ? Peritkan perasaan tu ? Kita rindukan seseorang tu, tapi kita tak mampu nak buat apa-apa.. Bagi aku, rindu untuk orang yang telah meninggal berbeza dengan manusia yang masih hidup.. Kalau kita rindu pada orang yang telah meninggal, itu boleh kita kawal perasaan kita lagi.. Kita boleh fikir kenyataan kehidupan bahawa yang hidup itu pasti akan mati.. Daripada Allah kita datang, kepada Allah jualah kita akan kembali.. Kita boleh sedekahkan al-Fatihah untuk orang yang sudah pergi, yang kita rindui..

Tapi rindu kita pada seseorang yang masih hidup sangat memeritkan ! itulah yang aku rasa sekarang.. Aku rindukan dia, tapi tak ada apa-apa yang boleh aku buat untuk menghilangkan rindu tu.. Aku tak boleh hubungi dia, aku tak tahu macam mana nak hubungi dia.. Sedangkan aku milik dia.. :’( Aku tak boleh bersemuka dengan dia.. Aku tak boleh jumpa dengan dia, sedangkan dia halal bagi aku.. Untuk aku sentuh, aku pegang, lihat.. :’( Aku hanya nak tengok dia sekejap je.. Aku cuma nak bagi tau dia yang aku rindukan dia.. :’( Aku rindukan senyuman dia, aku rindukan ketawa dia.. Aku rindu nak dengar dia panggil nama aku.. Aku rindu gelaran ni semua dari dia.. :’( Aku rindu dia ya Allah..

“Ummi.. Dak Demok.. Tot Sa.. Madooya.. Sayang..”