Friday 28 June 2013

... Nafas terakhir ...

Sedar tak sedar dah hampir enam tahun arwah abah meninggal dunia.. Rindu sangat pada arwah abah.. Teringat segala kenangan bersama dengan arwah abah.. Semua kenangan pahit dan manis dengan arwah abah.. Andai arwah abah ada, mesti abah orang yang paling happy dengan kelahiran Nur Qaseh Alia Imani..  Arwah abah suka baby, suka budak-budak.. Dah bercucu arwah abah..
     Bila diingat balik, ummi bersyukur dapat jaga arwah abah masa sakit walaupun sekejap kat Hospital Besar Seremban.. Semua kenangan masa jaga arwah abah masih segar dalam ingatan ummi.. Ummi dalam tingkatan empat masa tu.. Ummi jaga abah sebab ibu kena kerja.. Nak cari duit.. Keluarga kita bukn keluarga senang.. Kak long pulak masih dalam semester.. Yean kat Perak.. Atin pulak nak SPM.. Ummi amik cuti seminggu.. Kebetulan masa tu ummi demam.. Ummi jaga jugak arwah abah kat hospital.. Masa first day jaga arwah abah, ummi gelabah sikit.. Sebab tak tau apa-apa dan x pernah jaga orang sakit.. First day jaga arwah abah, ummi kena marah sebab slow sangat buat kerja.. Ummi ingat lagi arwah abah marah ummi.. Masa tu orang nak bagi air minum petang.. Arwah abah memang dah x boleh bangun.. Jadi ummi yang buat semua.. Kalau abah nak buang air, nurse yang uruskan.. Badan arwah abah kurus sangat.. Segemuk-gemuk arwah abah boleh jasi kurus sangat-sangat.. Macam rangka betul-betul.. Sayu sangat bila ingat keadaan arwah abah.. Dan ummi ingat lagi.. Lepas ummi kena marah, ummi diam je.. X bercakap dengan abah.. Sebab merajuk dan sedih.. :'( malam tu demam ummi teruk, selsema pun teruk.. Masa ummi buat-buat tidur, ummi dengar abah panggil nurse.. Arwah abah mintak tolong slowkan kipas sebab ummi demam.. "nurse, boleh perlahankan kipas sikit x? Anak saya demam.. Boleh saya mintak panadol?" ummi dengar arwah abah cakap macam tu.. Perlahan-lahan air mata ummi menitis.. Ummi ingat arwah abah marah sebab arwah abah x sayang ummi tapi arwah abah sayang ummi rupanya..
     Seminggu lepas ummi jaga, ummi kena masuk sekolah balik.. Alhamdulillah arwah abah dah boleh duduk.. Doktor suruh arwah abah dipindahkan ke Hospital Tampin.. Masa tu kak long dah start cuti.. Jadi dia yang jaga arwah abah.. Yean masih di Perak sebab ada final exam.. Ummi dengan atin kat Sekolah Teknik Ampangan.. Ibu ulang-alik dari rumah ke hospital naik motor setiap hari bila balik kerja.. Bila seminggu arwah abah ditransfer ke Tampin, semuanya berubah..
     Masa tu kak long jaga arwah abah.. Ibu baru balik kerja tapi nak singgah rumah dulu.. Pak Ngah nak bawak Wan dari rumah nak tengok arwah abah.. Masa tu arwah abah mintak Wan masakkan sayur bendey goreng kicap.. Masa tu tengah hari.. Kak long tengok abah macam susah nak bernafas.. Kak long panggil nurse, tapi nurse buat macam biasa.. Tiba-tiba mulut abah keluar buih.. Kak long cepat-cepat panggil nurse.. Masa tu Pak Ngah dengan Wan baru nak gerak dari rumah.. Ibu pulak masih kat tempat kerja.. Doktor cek abah lama.. Pastu doktor bagi tau abah dah tak ada.. Masa tu ummi ngan atin kat sekolah.. Ummi tengah happy-happy ngan kawan ummi.. Tiba-tiba ada student datang cakap Cikgu Ariffin nak jumpa.. Dia bagi note lecil "diminta pulang,bapa sudah tiada".. Masa tu menggigil badan ummi.. Ummi jatuh terduduk, kawan ummi papah pergi bilik guru.. Masa tu ummi tengok Wan ngan Atuk Bukit Jalil tengah menangis.. Ummi terus meraung.. Bila tengok atin datang, lagi ummi meraung kuat2.. Wan ngan atuk bawak ummi ngan atin balik..
     Masa pak ngah dengan wan sampai hospital, doktor baru sahkan yang arwah abah dah x ada.. Wan terkilan sebab lambat sikit.. Ibu terus bawak motor pergi hospital.. Ibu sangat tabah.. Kalau ummi, ummi x tau apa akan jadi.. Bayangkan suami dah x ada, tapi ibu masih lagi kuat nak bawak kotor.. Ummi rasa kalau isteri lain, maun kena histeria.. Semua saudara mara berkumpul kat rumah wan chengkau.. Jenazah arwah abah diuruskan dihospital.. Masa call yean, yean diam lama.. Pastu dengar macam suara teresak-esak menangis.. Yean terkilan sebab tak dapat uruskan jenazah abah..
     Jenazah abah dibawa balik kerumah dulu sebab saudara-mara datang rumah.. Sebab ibu pun x tengok jenazah lagi.. Sampai rumah, semua dah ada.. Ummi ngan atin pun dah sampai.. Memang terucap apa-apa dah masa tu.. Macam mimpi pun ada.. Ummi nangis peluk mak adik.. Atin pun sama.. Jenazah abah dibawa masuk rumah untuk disembahyangkan.. Ummi tengok jenazah untuk kali terakhir.. Ummi x dapat cium jenazah abah senan ummi menangis.. Pak ngah x bagi sebab takut kena jenazah, seksa mayatnya nanti..Jenazah abah terus dikebumikan petang tu selepas asar.. Ramai sangat tunggu kat tanak perkuburan.. Kawan-kawan lama abah semua ada.. Ummi berdiri tepi liang lahad.. Ummi tengok sampai jenazah betul-betul dikebumikan.. Ummi dudukje nangis kat tepi tu.. X tau apa lagi yang ummi nak buat.. Apa yang ummi tau, ummi kehilangan sesuatu yang sangat berharga dalam hidup ummi..

     "abah, ya rindu sangat dengan abah.. Rindu nak dengar suara abah nyanyi, usik kami adik beradik.. Rindu nak tengok abah bergurau dengan ibu..ya rindu nak salam dengan abah.. Abah tak pernah pukul ya sejak ya kecil lagi.. Kalau abah ada sekarang, mesti ya x jadi macam ni.. Abah, ya rindu nak peluk abah.. Ya rindu sangat.. Abah, ampunkan ya.. Maafkan ya sebab x jaga amanah yang abah bagi pada ya.. Ya sayang abah.."

Zahurin bin Ismail.. Semoga ditempatkan bersama orang yang beriman.. Semoga kita akan kekal menjadi sebuah keluarga sempurna di syurga nanti.. InsyaAllah..

Friday 21 June 2013

... Perkahwinan ...

Ramai wanita yang sudah berkahwin tak rela untuk dimadukan..  Bayangkan bila orang yang disayang, dicinta sepenuh hati, menduakan cinta yang ikhlas dan suci.. Isteri mana yang tak cuba untuk bahagiakan suami? Isteri mana yang tak mahu selalu ada dengan suami? Isteri mana yang tak suka bila dipeluk, dicium dan dimanja oleh suami? Suami mana yang tak sunyi tanpa isteri? Suami mana yang tak mahu makan dan minum air tangan isteri? Suami mana yang tak mahu dimanja dan dibelai oleh isteri? Tapi tak semua alam perkahwinan itu bahagia dan membahagiakan.. Semua insan mengimpikan alam perkahwinan yang bahagia..
     Seorang wanita tak minta mahligai untuk dijadikan singgah sana.. Seorang wanita hanya mahukan sebuah singgah sana yang boleh didiami bersama suami setiap masa.. Seorang wanita tak minta bantal emas untuk dijadikan alas kepala bila tidur.. Seorang wanita itu hanya mahu tidur berbantalkan lengan suami setiap malam.. Seorang wanita itu tak minta selimut sutera untuk pemanas badan.. Seorang wanita itu hanya mahukan pelukan suami bila tidur.. Seorang wanita tak perlukan kereta mewah untuk dibawa bersiar-siar.. Seorang wanita hanya mahukan suami itu sentiasa bersamanya apabila melangkah keluar dari rumah supaya dia sentiasa berasa selamat..
     Seorang suami tak minta makanan yang mahal dan sedap sentiasa.. Seorang suami itu hanya mahu merasa masakan yang dimasak sendiri oleh isteri.. Seorang suami tak minta untuk selalu dilayan bagai raja.. Seorang suami hanya mahukan perhatian dan manja dari isteri.. Seorang suami tak minta untuk selalu menang.. Seorang suami hanya mahu dihormati, ditaati dan disanjungi sebagai pemimpin keluarga.. Seorang suami bukanlah selalu mahu menolak jika diajak keluar bersiar bersama-sama.. Seorang suami hanya mahu waktu untuk nerehat bersama isteri dan keluarga tanpa kemana-mana..
     Alangkah indahnya alam perkahwinan jika suami dan isteri sentiasa bertolak ansur.. Indahnya alam perkahwinan jika suami dan isteri sentiasa mengalah dan menghormati antara satu sama lain..

     "Suami, hargailah isterimu yang telah berpenat lelah menguruskan rumah tangga untuk kebahagiaanmu.. Hargailah isteri yang tak pernah mengeluh akan penat lelah mengurus rumah tangga.. Hargailah isteri yang sanggup melayan kerenahmu, permintaanmu, arahanmu siang dan malam.. Cintailah isterimu yang telah melahirkan zuriatmu.. Cintailah isterimu yang sanggup mengendong bayi didalam perutnya selama sembilan bulan sepuluh hari tanpa mengeluh dan membentak.. Dan fahamilah lafaz akad nikah ketika engkau menerima isterimu itu sebahagian dari hidupmu kerana Allah.."

     "Isteri, hargailah suamimu yang telah bertungkus-lumus mencari rezeki buatmu dan anak-anakmu.. Hargailah suami yang bekerja keras menjaga keselamatanmu dan anak-anakmu.. Hargailah suamimu yang menyediakan rumah, pakaian, perbelanjaan seharian buatmu dan anak-anakmu.. Cintailah suami yang juga adalah bapa kepada anak-anakmu.. Anak-anakmu yang telah engkau lahirkan dari hasil kasih dan sayang, bukan dari nafsu.. Dan ingatlah janjimu ketika hari pernikahanmu bahawa engkaua akan menjalankan tanggungjawabmu dengan penuh taat pada suamimu kerana Allah.."

Thursday 20 June 2013

... Alhamdulillah ...

Macam tak percaya apa yang umi lalui sekarang ni.. Umi macam x percaya yang umi dah ada seorang baby yang comel, sempurna.. Terima kasih ya Allah.. Masih terasa Alia Imani bergerak menendang-nendang dalam perut umi.. Masih umi terasa bahagia bila pegang perut umi yang besar memboyot.. Masih umi dapat rasa wabak 'morning sickness' umi.. Masih umi dapat rasa jari walid pegang perut boyot umi ni..
   macam x percaya yang umi dah bersalinkan Alia Imani.. Bangun tidur je, Alia Imani dah terkebil-kebil kat sebelah umi.. Anak umi bangun lagi awal dari umi.. Kita selalu berguaru, berbual sama-sama.. Walaupun anak umi x dapat balas apa yang umi cakap tapi umi yakin anak umi faham apa yang umi cakap.. Umi bahagia tengok anak umi membesar depan umi.. Setiap hari bersentuhan dengan anak umi.. Anak umi membesar dengan sentuhan umi, kasih sayang umi, teguran dan didikan umi.. Bahagia umi dengan anak umi..
   tak ada yang menggembirakan umi selain meluangkan masa dengan anak umi.. Umi harap kita akan terus bahagia sampai bial-bila.. Umi akan tetap sayangkan anak umi.. Biarlah ada yang tak hargai kehadiran anak umi, umi akan tetap hargai anak umi.. Anak umi segala-galanya bagi umi.. Terima kasih ya Allah..  :')


Tuesday 18 June 2013

... Accident ...

What a bad news! Ummi baru terima call dari siti.. Siti cakap pak ngah accident.. Tak ke berderau darah ummi dengar berita ni.. Kejadian ni berlaku dalam jam lima petang hingga lapan malam.. Ummi x tau the exact time bila accident tu berlaku.. Motor pak ngah langsung dah x boleh guna sebab rim tayar depan dah bengkok.. Motor pun dah berkecai.. Pak ngah x cedera teruk tapi bahu dia problem sikit la.. Maybe pak ngah jatuh mengiring.. That's why bahu dia teruk.. Alhamdulillah orang yang langgar pak ngah tu x lari.. Pak ngah settle elok2.. Dia bagi nombor telefon, alamat, nombor lereta.. Semua dah serah pada balai.. Mungkin pak ngah akan cuti, mungkin x.. Pak ngah baru mintak kat siti nak beli kereta.. Dia baru bincang dengan siti.. Alih2 jadi macam ni pulak..
     ummi risau betul bila naik motor ni.. Macam2 boleh jadi.. Bahaya sangat.. Statistic kemalangan jalan raya banyak melibatkan pemandu motorsikal.. Bila lalu sebelah kenderaan yang besar2 ni, berderau je jantung.. Ummi berharap penunggang motorsikal kat luar sana akan berjaga jaga dan berhati hati selalu.. InsyaAllah semua selamat.. Jangan lupa baca doa naik kenderaan.. Semoga Allah melindungi kita dari segala bahaya dan musibah.. InsyaAllah..

Friday 14 June 2013

... Happy Father's Day ...

Selamat Hari Bapa, Lya ucapkan pada arwah abah, Zahurin bin Ismail.. Terima kasih kerana telah membesarkan Lya dengan sempurna.. Terima kasih sebab memberikan didikan yang sempurna pada Lya.. Lya rindukan kenangan kita sama-sama.. Semua kenangan Lya dengan abah dari kecik sampai Lya besar.. Lya rindu nak bergurau dengan abah.. Rindu nak kena marah dengan abah.. Rindu nak naik motor dengan abah.. Rindu nak ikut abah pergi jalan-jalan.. Rindu sangat.. Abah, terima kasih lya ucapkan.. Abah dah banyak berkorban untuk anak-anak abah.. Abah banyak memberikan dorongan dan galakan.. Abah marah anak-anak abah sebab abah sayang.. Lya x pernah kena pukul dengan abah.. Abah x pernah jentik Lya sejak Lya kecik lagi.. Terima kasih abah.. Tapimkita terpaksa berpisah sebab abah ada penyakit kanser usus.. Tahun 2008, abah tinggalkan kami sekeluarga.. Ibu sangat kuat semangat bila abah tinggalkan kami.. Lya akan terus berdoa agar abah ditempatkan bersama orang yang beriman..

Tak lupa jugak Lya nak ucapkan Selamat Hari Bapa pada suami Lya, Muqti bin Mohamad.. Terima kasih kerana berikan Lya peluang untuk lahirkan zuriat abang.. Pada bapa mertua Lya, Mohamad.. Semoga kita akan berjumpa jugak satu hari nanti.. InsyaAllah

Thursday 13 June 2013

... rindu ...

ya Allah, aku rindu.. aku rindu nak solat berjemaah bersama dia.. aku rindu mendengar suara lunak dia membaca ayat suci al-quranmu.. aku rindu mendengar suaranya mendayu-dayu mengalunkan ayat suci al-quranmu.. aku rindu nak mengaminkan doa yang dibacanya setelah kami selesai solat.. aku rindu untuk bersalam dengannya.. aku rindu untuk meminta maaf atas segala kekurangan dan kesilapan aku padanya.. aku wanita yang terlalu banyak melakukan dosa padanya.. dosaku padanya setinggi gunung seluas lautan.. dan tak mungkin dia akan memaafkan aku kerana maruahnya yang telah aku abaikan.. aku rindupadanya ya Allah.. sampaikan salam rinduku padanya ya Allah.. berilah aku peluang sekali sahaja lagi untuk menjadi makmumnya dan solat berjemaah dengannya.. amin.. amin.. amin

Monday 10 June 2013

... kisah cinta ...



tak semua kisah cinta akan berakhir dengan bahagia.. jodoh, ajal, maut semuanya ditangan Allah.. walaupun kita anggap orang tu adalah orang yang tepat untuk kita, tapi sebenarnya Allah lebih mengetahui.. mungkin jodoh kita x panjang dengan seseorang tu.. apa yang kita sayang, itulah yang Allah akan ambil dari kita.. sebab tu bila sayang kena berpada-pada.. jangan terlalu sayang melebihi sayang kita pada Allah..apabila kita bercinta, Allah akan pisahkan kita dengan caranya.. ada yang dipisahkan melalui kematian..dan ada juga melalui perceraian.. kisah cinta realiti jauh berbeza dengan kisah cinta novel, drama atau movie.. kisah cinta kita ditulis oleh Allah dan kisah cinta dalam novel, drama, movie pulak ditulis oleh manusia.. siapa sangka kisah cinta sweet antara ummi dengan dia akan berakhir macam ni.. ummi adalah wanita paling bahagia saat ummi kenal dia.. tapi bila ummi memiliki dia, ummi terpaksa melepaskan dia.. ummi tak sangka, hubungan baik, akrab, rapat antara ummi dengan dia brubah menjadi musuh dan perasaan sayang bertukar menjadi dendam.. semua kenangan dah terkubur.. hilang segala rasa hormat, kasih, sayang, rindu dan cinta.. hilang rasa hormat dia pada keluarga ummi.. ummi tak kenal keluarga dia.. tapi mungkin lebih baik sebab ummi mungkin tak diterima.. ummi tak sangka.. kisah manis masa bercinta terkubur saat ummi berjaya memiliki dia.. ummi berjaya pinjam hati dia tapi ummi tak berjaya memiliki hati dia.. ummi berharap dia akan terus bahagia tanpa ummi.. segalanya mungkin.. kalau dulu dia boleh bahagia, kenapa tak sekarangkan.. ummi buat semuani demi kebaikan dia.. ummi berharap dia akan faham satu hari nanti.. dan masa tu, biarlah ummi dah tak bernyawa lagi.. hanya anak ummi akan menceritakan segalanya pada dia.. tahulah hati bahawa aku sayanng, rindu, cinta dan kasih pada-Mu

Sunday 9 June 2013

... meragam bersebab ...

hati ibu mana yang tak risau bila anak asyik menangis siang malam tak berhenti.. sejak Alia Imani lahir, anak ummi ni tak pernah menangis teruk macam sekarang ni.. semuanya bermula hari khamis.. pagi khamis tu anak ummi dah buat perangai.. dah meragam.. selalunya kalau ummi nak buat kerja, nak makan atau nak mengemas, ummi akan letak anak ummi depan tv.. tapi sejak pagi khamis tu, anak ummi tak boleh tinggal.. bila ummi hilang je, anak ummi terus menangis kuat-kuat macam kena pukul.. tapi petang tu ummi nak kena pergi rumah mak long.. pagi jumaat ummi ada interview.. malam tu, lepas ummi sampai rumah mak long, siti mesej ummi.. sitincakap anak ummi tak berhenti menangis.. kalau tidur pun sekejap je.. bila tidur,asyik kena kacau.. macam ada yang menyergah anak ummi sampai anak ummi terkejut.. bila anak ummi menangis, badan anak ummi keras dan menggigil.. macam takut sangat.. ummi ingatkan anak ummi nangis sebab ummi tinggal.. ummi pun x amik kisah sangat.. pagi jumaat tu, ummi terus pergi interview.. alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.. siti mesej ummi.. siti cakap kaki dia ada dua lebam.. dia x tau buila kena.. sebab malam tu, memang x ada langsung kesan lebam tu.. siti suruh terus balik sebab nak bawak anak ummi pergi berubat dengan Ustaz Zuraihan.. ummi terus balik.. terkejutnya ummi, Allah saja yang tahu:bila ummi tengok anak ummi.. muka anak ummi pucat sangat.. ummi bagi susu, anak ummi tak nak..siti nak bawak terus petang tu.. sampai kat rumah ustaz, ustaz pulak x ada.. dia suruh datang pagi esok.. mlm tu, anak ummi memang tak tidur.. pukul 8-12 malam, memang lena anak ummi tidur.. ummi bukak al-quran MP3, ummi letak kat anak ummi.. lepas je pukul 12, anak ummi terjaga dalam terkejut dan terus meraung.. start dari pukul 12-3, anak ummi tak tidur dah.. lepas tu, tidur sekejap sampai dengar azan subuh.. pagi tu, bawak pergi jumpa ustaz.. ustaz baca ayat suci al-quran.. anak ummi terus meraung, menangis.. ustaz cakap jemang ada gangguan.. mungkin 'kerenah'.. kerenah ni adalah gangguan dari nenek moyang yang telah meninggal.. dan sebab lebam kat kaki siti, mungkin ada saka yang cuba nak masuk.. tapi ustaz cakap, rumah ummi berpagar dengan ayat suci al-quran.. ustaz bagi air, suruh bagi anak minum dan sapu pada badan.. dan ustaz jugak cakap yang gangguan ini datang dari mak ayah anak ni sendiri.. bila ada gangguan pada ummi, akan kena juga pada anak ummi.. macam tu jugak dengan walid.. kalu walid ada gangguan jin, akan terkena juga pada anak ummi ni.. balik jumpa dari ustaz, terus ummi bagi minum air tu, sapu kat badan.. malam tu, gangguan masih ada cuma tak seteruk malam sebelumnya.. anak ummi masih menangis.. ustaz call, suruh baca ayat kursi, kat air yang dia bagi, renjis pada dinding rumah bermula dari pintu depan dan bermula dengan sebelah kiri..ummi buat.. lepas tu, anak ummi diam.. kebetulan pak ngah pun ada malam tu.. ustaz suruh azan dan bukak pintu rumah dengan niat, apa saja jin dan syaitan yang ada pada anak, mintak dijauhkan dari anak.. lepas buat macam tu, terus anak ummi senyap dan tidur lena.. malam tu, alhamdulillah anak ummi tidur lena sampai ke subuh.. tapi gangguan tu masih ada, cuma tak teruk.. dia masih terkejut dan semangat dia dah hilang.. ustaz tak bagi jerit atau buat anak terkejut.. tapi semangat dielemah.. dan sekarang, ummi buat air sendiri.. lepas solat, ummi baca surah al-fatihah, ayat kursi dan 4 kul, selawat dan istifar sebanyak yang boleh dan hembus pada air.. air tu ummi bagianak ummi minum, sapu di badan.. alhamdulillah berkesan.. ummi berharap semuanya akan beransur pulih.. ummi yakin hanya kuasa Allah yang meliputi segalanya.. apa sasaja kuasa, tak boleh menandingi kuasa Allah.. ummi yakin dengan ayat suci Allah.. ummi berserah pada Allah.. insyaAllah

Wednesday 5 June 2013

... temuduga SPA ...

semua perasaan bercampur baur.. rasa takut ada, yakin ada, malu ada, nak nangis pun ada.. ummi cuma berharap ummi mampu buat yang terbaik untuk temuduga ni.. sekurang-kurangnya kalau ummi berjaya, atas usaha ummi sendiri.. ummi dah berusaha.. ummi dah cuba alert dengan current issue, dan cuba menajamkan daya ingatan ummi yang dah tumpul ni dengan mengingat nama-nama menteri yang baru ni.. ummi dah baca persedian menghadapi temuduga.. luaran dan dalaman.. setersnya ummi berdoa.. usaha mestilah diikuti dengan doa.. ummi berharap Allah makbulkan doa ummi.. ummi nak kerja, nak besarkan anak ummi dengan hasil titik peluh ummi sendiri.. ummi nak ringankan beban walid untuk tanggung kita sekeluarga.. ummi nak balas jasa siti yang dah banyak berkorban untuk ummi.. ummi nak bahagiakan walid..
anak ummi doakan kejayaan ummi ye.. ummi harap walid pun doakan kejayaan ummi.. ummi harap walid redhakan ummi pergi interview ni.. ummi buat semua ni untuk kita semua.. doakan ummi :')