Thursday 13 June 2013

... rindu ...

ya Allah, aku rindu.. aku rindu nak solat berjemaah bersama dia.. aku rindu mendengar suara lunak dia membaca ayat suci al-quranmu.. aku rindu mendengar suaranya mendayu-dayu mengalunkan ayat suci al-quranmu.. aku rindu nak mengaminkan doa yang dibacanya setelah kami selesai solat.. aku rindu untuk bersalam dengannya.. aku rindu untuk meminta maaf atas segala kekurangan dan kesilapan aku padanya.. aku wanita yang terlalu banyak melakukan dosa padanya.. dosaku padanya setinggi gunung seluas lautan.. dan tak mungkin dia akan memaafkan aku kerana maruahnya yang telah aku abaikan.. aku rindupadanya ya Allah.. sampaikan salam rinduku padanya ya Allah.. berilah aku peluang sekali sahaja lagi untuk menjadi makmumnya dan solat berjemaah dengannya.. amin.. amin.. amin

No comments:

Post a Comment