Friday 14 June 2013

... Happy Father's Day ...

Selamat Hari Bapa, Lya ucapkan pada arwah abah, Zahurin bin Ismail.. Terima kasih kerana telah membesarkan Lya dengan sempurna.. Terima kasih sebab memberikan didikan yang sempurna pada Lya.. Lya rindukan kenangan kita sama-sama.. Semua kenangan Lya dengan abah dari kecik sampai Lya besar.. Lya rindu nak bergurau dengan abah.. Rindu nak kena marah dengan abah.. Rindu nak naik motor dengan abah.. Rindu nak ikut abah pergi jalan-jalan.. Rindu sangat.. Abah, terima kasih lya ucapkan.. Abah dah banyak berkorban untuk anak-anak abah.. Abah banyak memberikan dorongan dan galakan.. Abah marah anak-anak abah sebab abah sayang.. Lya x pernah kena pukul dengan abah.. Abah x pernah jentik Lya sejak Lya kecik lagi.. Terima kasih abah.. Tapimkita terpaksa berpisah sebab abah ada penyakit kanser usus.. Tahun 2008, abah tinggalkan kami sekeluarga.. Ibu sangat kuat semangat bila abah tinggalkan kami.. Lya akan terus berdoa agar abah ditempatkan bersama orang yang beriman..

Tak lupa jugak Lya nak ucapkan Selamat Hari Bapa pada suami Lya, Muqti bin Mohamad.. Terima kasih kerana berikan Lya peluang untuk lahirkan zuriat abang.. Pada bapa mertua Lya, Mohamad.. Semoga kita akan berjumpa jugak satu hari nanti.. InsyaAllah

No comments:

Post a Comment