Friday 21 June 2013

... Perkahwinan ...

Ramai wanita yang sudah berkahwin tak rela untuk dimadukan..  Bayangkan bila orang yang disayang, dicinta sepenuh hati, menduakan cinta yang ikhlas dan suci.. Isteri mana yang tak cuba untuk bahagiakan suami? Isteri mana yang tak mahu selalu ada dengan suami? Isteri mana yang tak suka bila dipeluk, dicium dan dimanja oleh suami? Suami mana yang tak sunyi tanpa isteri? Suami mana yang tak mahu makan dan minum air tangan isteri? Suami mana yang tak mahu dimanja dan dibelai oleh isteri? Tapi tak semua alam perkahwinan itu bahagia dan membahagiakan.. Semua insan mengimpikan alam perkahwinan yang bahagia..
     Seorang wanita tak minta mahligai untuk dijadikan singgah sana.. Seorang wanita hanya mahukan sebuah singgah sana yang boleh didiami bersama suami setiap masa.. Seorang wanita tak minta bantal emas untuk dijadikan alas kepala bila tidur.. Seorang wanita itu hanya mahu tidur berbantalkan lengan suami setiap malam.. Seorang wanita itu tak minta selimut sutera untuk pemanas badan.. Seorang wanita itu hanya mahukan pelukan suami bila tidur.. Seorang wanita tak perlukan kereta mewah untuk dibawa bersiar-siar.. Seorang wanita hanya mahukan suami itu sentiasa bersamanya apabila melangkah keluar dari rumah supaya dia sentiasa berasa selamat..
     Seorang suami tak minta makanan yang mahal dan sedap sentiasa.. Seorang suami itu hanya mahu merasa masakan yang dimasak sendiri oleh isteri.. Seorang suami tak minta untuk selalu dilayan bagai raja.. Seorang suami hanya mahukan perhatian dan manja dari isteri.. Seorang suami tak minta untuk selalu menang.. Seorang suami hanya mahu dihormati, ditaati dan disanjungi sebagai pemimpin keluarga.. Seorang suami bukanlah selalu mahu menolak jika diajak keluar bersiar bersama-sama.. Seorang suami hanya mahu waktu untuk nerehat bersama isteri dan keluarga tanpa kemana-mana..
     Alangkah indahnya alam perkahwinan jika suami dan isteri sentiasa bertolak ansur.. Indahnya alam perkahwinan jika suami dan isteri sentiasa mengalah dan menghormati antara satu sama lain..

     "Suami, hargailah isterimu yang telah berpenat lelah menguruskan rumah tangga untuk kebahagiaanmu.. Hargailah isteri yang tak pernah mengeluh akan penat lelah mengurus rumah tangga.. Hargailah isteri yang sanggup melayan kerenahmu, permintaanmu, arahanmu siang dan malam.. Cintailah isterimu yang telah melahirkan zuriatmu.. Cintailah isterimu yang sanggup mengendong bayi didalam perutnya selama sembilan bulan sepuluh hari tanpa mengeluh dan membentak.. Dan fahamilah lafaz akad nikah ketika engkau menerima isterimu itu sebahagian dari hidupmu kerana Allah.."

     "Isteri, hargailah suamimu yang telah bertungkus-lumus mencari rezeki buatmu dan anak-anakmu.. Hargailah suami yang bekerja keras menjaga keselamatanmu dan anak-anakmu.. Hargailah suamimu yang menyediakan rumah, pakaian, perbelanjaan seharian buatmu dan anak-anakmu.. Cintailah suami yang juga adalah bapa kepada anak-anakmu.. Anak-anakmu yang telah engkau lahirkan dari hasil kasih dan sayang, bukan dari nafsu.. Dan ingatlah janjimu ketika hari pernikahanmu bahawa engkaua akan menjalankan tanggungjawabmu dengan penuh taat pada suamimu kerana Allah.."

No comments:

Post a Comment