Susah
nak puaskan hati semua pihak.. Apa
yang kita buat, ada je yang tak kena di mata mereka.. Kita bukan malaikat..
Kita bukan nabi untuk sempurna setiap masa.. Kita da kelemahan dan kekurangan
masing-masing.. Allah ciptakan kita berpasang-pasangan untuk kita saling
melengkapi antara satu sama lain.. Bukan menghina, mengherdik, memaki dan
membenci sesame kita.. Kita pernah lakukan kesalahan yang orang lain lakukan..
Setiap orang akan lakukan kesalahan yang sama.. Cubalah untuk terima keadaan
orang lain seperti mana orang lain terima keadaan kita..
Biarlah kita tersenyum, dan orang lain membalas dengan
jelingan.. Kerana orang yang membenci kita, suatu hari nanti pasti akan sedar
bahawa tiada manusia yang sempurna di muka bumi Allah ini.. terimalah qada’ dan
qadar yang Allah dah tentukan.. ajar hati untuk terima takdir yang Allah
tentukan.. walaupun pahit, yakinlah ! bahawa Allah telah mengaturkan sesuatu
yang terbaik buat kita.. Allah pertemukan kita dengan manusia yang pelbagai
ragam untuk kita jadikan teladan dalam hidup kita.. Yakinlah dengan takdir
Allah.. InsyaAllah, yang baik dan manis itu akan menjadi milik kita..
No comments:
Post a Comment