Bila
sebut ‘Ombak Rindu’ mesti semua
orang tahu tentang filem hangat lakonan Aaron
Aziz, Maya Karin dengan Lisa Surihani.. Cerita ni bermakna buat
aku.. Bagi aku, cerita ini banyak kenangan.. Buat aku, buat dia dan dia.. Bagi aku, cerita ni cukup
bermakna, tapi aku tak tahu andai cerita ni hanya sekadar cerita bagi dia dan
dia..
Melalui
cerita ini, aku tahu bahawa bagi dia, cinta pertama dia, tetap di hati dia..
Cinta pertama dia, tetap tiada galang gantinya.. Cinta pertama dia, tidak boleh
diganti dengan yang lain.. Wanita pertama yang dikenalinya sebagai cintanya
tetap akan dia cinta, sayang, dan kasih dan rindu.. Dan melalui cerita ini, aku
tahu bahawa kehadiran aku Cuma persinggahan dalam hidup dia.. Hanya untuk
menyakinkan hatinya bahawa wanita pertama yang muncul dalam hidup dia adalah
bidadarinya di dunia dan di syurga nanti.. Betapa dia menyayangi dia.. Walaupun
berat kenyataan itu untuk aku terima, tapi aku tetap kena redha dan ikhlas
terima.. Wanita pertama yang dia kenali yang melahirkan zuriatnya, yang
memberikan cahaya mata untuknya.. Masih aku ingat kata-kata dia untuk dia..
“abang dah tengok cerita tu, mama. Cerita tu
memang terbaik! Isteri pertama memang tetap pilihan abang. Isteri pertama tetap
terbaik.”
*****
Tapi
bagi dia, cerita ni cukup membuatkan hatinya membenci aku.. Sehinggakan sampai
mati pun dia tak akan memaafkan aku.. Aku terima keputusan dia.. Aku tetap
terima dia walaupun hati aku pedih, menangis.. Kerana lagu ni, dia tinggalkan
dia untuk berjumpa dengan aku di Kedah..
“Malam
kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan
bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku”
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku”
Tapi
aku tak tahu setakat mana kebenaran kata-kata dia.. Aku hanya mampu dengar,
untuk mempercayainya, aku tidak rela.. Kerana aku tahu, hati dia tetap pada
dia.. Dan aku redha jika aku bukan pilihannya.. Bukan mudah untuk memiliki hati
lelaki.. Aku mampu meminjam hati dia tapi aku tak mampu memiliki hatinya,
kasihnya, sayangnya, rindunya, cintanya.. Aku hanya sandaran dalam hidupnya..
Aku hanya persinggahan dalam hidupnya..
*****
Aku
harap aku mampu melepaskannya seperti mana dia melepaskan aku.. Aku harap aku
mampu melupakannya seperti mana dia melupakan aku.. Tapi aku tidak akan
mengambil hatiku yang berjaya dimilikinya kerana aku tak mampu mencari yang
lain selain dia.. :’)
No comments:
Post a Comment