Setelah
sekian lama x tengok movie, akhirnya semalam, aku nekad pergi tengok movie
sorang-sorang.. dengan bertemankan baby dalam perut ni.. :) lama jugak dah x tengok movie sorang-sorang..
sebelum ni pergi berteman, dengan En.Husband.. tapi bila dah sorang-sorang,
tempuh jugak panggung wayang tu sorang-sorang.. movie pilihan aku kali ni,
‘The
Life of Pi’
‘Believe
the Unbelievable’
Seorang
budak lelaki, Piscine Molitor Patel
yang dilahirkan sebagai bayi lelaki beragama Hindu.. Ada seorang abang nama Ravi, seorang ibu yang penyayang dan
seorang ayah yang tegas tapi memahami anak-anaknya.. Dia digelarkan sebagai Pi.. Ayah Pi ni seorang penjaga zoo..
Dia jaga banyak haiwan liar dan jinak.. Pi dilahirkan dengan agama Hindu.. Tapi masa dia kanak-kanak, dia
berminat dengan agama Kristian. Dia keluar masuk gereja.. Selepas tu, dia kenal pulak dengan agama
Islam. Dia terdengar azan masa dia
tengah jalan-jalan kat kampung dia.. Dia melekat pulak dengan agama Islam..
Sekarang Pi ada tiga agama.. Dia solat, dia masuk gereja dan amalkan ajaran
Hindu.. Ayah Pi tegur Pi.. “Kita tak
boleh lakukan banyak perkara dalam masa yang sama, kerana ia bermakna kita tak
melakukan satu apa pun dari salah satu perkara tersebut.” Barulah Pi
faham.. Tapi dia tetap dengan tiga agama tu.
Ayah Pi seorang penjaga zoo.. Dia pernah tengok ayah
dia bagi makan dekat seokor harimau.
Nama harimau tu, Richard Parker.
Richard Parker ni comel. Warna dia macam warna harimau lainlah. Masa ni, Pi
kecik lagi. Dia pergi dekat pagar besi. Dia bukak pagar besi yang kedua. Dia
panggil Richard Parker. Dia umpan dengan daging yang masih mentah. Tiba-tiba
Richard Parker datang. Dia jalan slow je.. Pi tak letak daging mentah tu atas
simen, tapi dia pegang.. Semakin dekat Richard Parker dengan Pi.. Tapi Pi x
takut langsung.. Tapi tiba-tiba ayah Pi datang, marah Pi.. Ayah dia takut, Pi
kena baham dengan harimau tu walaupun ada palang besi yang menjadi penghalang
antara Pi dengan Richard Parker tu.
Bila Pi dah meningkat remaja, family dia kena
berpindah. Bila nak pindah, ayah Pi bawak semua haiwan tu atas kapal..
Termasuklah Richard Parker. Dalam
kapal tu ada jugak orang-orang lain. Setelah berhari-hari perjalanan di atas
lautan, sesuatu terjadi kepada kapal tu.. Ada rebut petir dan ombak yang kuat.. Masa kejadian tu, Pi dengan
family dia tengah nyenyak tidur tapi Pi terjaga.. Dia nak tengok kilat.. Dia
keluar tinggalkan family dia.. Masa dia tengok syok mandi hujan dalam kilat.
Tiba-tiba dia nampak bahagian bawah kapal tu dah penuh dengan air.. Dia cuba
cari family dia tapi tak jumpa.. Dia pergi dekat bahagian bot penyelamat.. Ada
tiga orang lelaki tengah turunkan bot
penyelamat.. Semua suruh dia naik atas bot tu, tapi dia nak selamatkan
family dia.. Tiba-tiba masa tengah kelam kabut tu, seekor kuda belang terjun atas bot penyelamat.. Atas bot penyelamat
tu cuma ada seorang lelaki gemok dengan Pi.. Bot tu jatuh terhempas atas air..
Lelaki gemuk tu terpelanting hilang dalam ombak.. Dan yang ada cuma Pi, dan
kuda belang tu..
Bila hari dah siang, Pi terjaga.. Dia tengok dia
tengok2 laut.. Yang ada atas bot penyelamat tu, cuma dia dengan kuda belang
tu.. Dia x tau dah nak buat apa.. Masa tengah cari bengong lagi, tiba-tiba
keluar seekor dubuk dari bawah kain
penutup bot.. Separuh dari bot tu ditutup dengan kain warna putih.. Pi cuba
buat dubuk tu masuk balik dalam kain tu.. Dubuk tu still mabuk lagi sebab dah
kena cucuk dengan dadah masa atas kapal lagi.. Bila dubuk tu dah masuk bawah
kain, baru Pi rasa lega.. Tiba-tiba dia nampak Orange Juice, seekor orang utan. Dia panggil Orange Juice tu datang
kat bot die.. Orange Juice tu kenal dia.. Pi tanya kat Orange Juice, “Mana anak awak, Orange Juice?”.. Orange
Juice cuma tunduk lepas tu pandang arah laut.. Dia nampak sedih.. Masa tu macam
nak nangis pun ada.. Rupanya Orange Juice tu orang utan betina, ada anak.. Tapi
anak dia dah mati dengan kapal yang tenggelam tu.. So, yang ada atas bot tu
cuma Pi, kuda belang, dubuk
dengan Orange Juice.
Tapi lama kelamaan, seekor demi seekor haiwan tu
mati.. Mula-mula kuda belang tu.. Sebab dubuk tu makan.. Pi cuba haling, tapi
Pi x mampu.. Dia duduk kat hujung bot.. Lepas tu, dubuk tu makan Orange Juice..
Masa dubuk tu makan Orange Juice, sedih sangat.. :’( Yela, Pi dah rapat dengan
Orange Juice tu.. Sampai satu episod, dubuk tu dah x de makanan, dia nak makan
Pi.. Dan masa ni la seekor harimau
keluar dari bawah kain putih yang menutup separuh dari bot tu.. Harimau tu
ialah Richard Parker. Richard Parker
makan dubuk tu.. So, yang episod ni, tinggal Pi dengan Richard Parker.
Pi terpaksa buat tempat dia sendiri sebab dia x boleh
duduk atas bot tu dengan Richard Parker.. Nanti dia kena makan.. So, dia kumpul
pelampung dengan jaket keselamatan yang ada untuk dia buat bahagian dia.. dia
ikatkan bahagian dia dengan bot tu.. Pi ambik papan-papan dari bot tu, dia buat
rakit dia sendiri.. Berhari-hari dia bergaduh dengan Richard Parker..
Lama-lama dia cuba berkomunikasi dengan Richard
Parker.. Dia usaha macam-macam.. Sampai satu masa, Richard Parker tu terjun
berenang dalam laut sebab nak tangkap ikan, sebab dia lapar.. Pi cuba banyak
kali bunuh Richard Parker tapi dia tak sampai hati.. Pi pun jenis sayangkan
haiwan macam ayah dia.. Masa Richard Parker nak naik atas bot, Pi x bagi, tapi
dia kesian, dia bagi jugak.. Hari demi hari, Pi dengan Richard Parker sama-sama
kurus sebab tak makan.. Richard Parker pun dah lemah.. Dia jadi kurus kering
macam Pi jugak.. Pi kesian tengok Richard Parker.. Dia riba Richard Parker.. Pi
cakap “terima kasih Tuhan kerana bagi
aku peluang untuk berjumpa dengan mak, ayah, dan Ravi”.. Pi ingatkan dia
nak mati dah.. Dia belai je Richard Parker atas riba dia.. Richard Parker pun
dah tak berdaya nak bangun..
Satu hari, bot Pi dengan Richard Parker terdampar kat
satu pulau.. Pi makan rumput kat
pulau tu.. Dia jumpa kolam, dengan haiwan lain yang comel, kecik.. Aku pun x
tau ape nama haiwan tu.. Tapi sayangnye Pi dengan Richard Parker x boleh duduk
lama dekat pulau tu sebab ade kesannya pada Pi dengan Richard Parker.. Bila dah
habis pasrah, Pi dengan Richard Parker sampai kat persisiran pantai Mexico.. Masa sampai, Pi dah pengsan, sebab dah x
larat.. Richard Parker turun dulu, dia nampak hutan.. Dia melangkah tinggalkan
Pi, tanpa menoleh lagi.. Pi harap sangat Richard Parker akan menoleh pandang
dia buat kali terakhir tapi Richard Parker terus tinggalkan dia.. Pi menangis
sebab dia dah anggap Richard Parker tu kawan dia..
Akhirnya Pi dapat diselamatkan.. Sampai ke habis
cerita, Pi x jumpa dengan Richard Parker lagi.. :’( Cerita ni memang terbaik..
Ada element2 yang pengarang nak sampaikan pada penonton.. So, x rugi tengok
cerita ni.. :)