Pernah tak rasa derita
merindu ? Peritkan perasaan tu ? Kita rindukan seseorang tu, tapi kita tak
mampu nak buat apa-apa.. Bagi aku, rindu untuk orang yang telah meninggal
berbeza dengan manusia yang masih hidup.. Kalau kita rindu pada orang yang
telah meninggal, itu boleh kita kawal perasaan kita lagi.. Kita boleh fikir
kenyataan kehidupan bahawa yang hidup
itu pasti akan mati.. Daripada Allah kita datang, kepada Allah jualah kita akan
kembali.. Kita boleh sedekahkan al-Fatihah untuk orang yang sudah pergi,
yang kita rindui..
Tapi rindu kita pada
seseorang yang masih hidup sangat memeritkan ! itulah yang aku rasa sekarang..
Aku rindukan dia, tapi tak ada apa-apa yang boleh aku buat untuk menghilangkan
rindu tu.. Aku tak boleh hubungi dia, aku tak tahu macam mana nak hubungi dia..
Sedangkan aku milik dia.. :’( Aku tak boleh bersemuka dengan dia.. Aku tak
boleh jumpa dengan dia, sedangkan dia halal bagi aku.. Untuk aku sentuh, aku
pegang, lihat.. :’( Aku hanya nak tengok dia sekejap je.. Aku cuma nak bagi tau
dia yang aku rindukan dia.. :’( Aku rindukan senyuman dia, aku rindukan ketawa
dia.. Aku rindu nak dengar dia panggil nama aku.. Aku rindu gelaran ni semua dari dia.. :’( Aku rindu dia ya Allah..
“Ummi.. Dak Demok.. Tot Sa.. Madooya.. Sayang..”
No comments:
Post a Comment