Banyak jugak pantang bagi wanita selepas bersalin ni..
Selepas aku alami sendiri, baru tahu banyak pantang yang x boleh dilanggar oleh
wanita yang lepas bersalin.. Sama je bagi yang bersalin normal atau operate
(czer).. Tapi orang cakap, bersalin normal x kena berpantang macam bersalin
operate.. Kalau bersalin operate, kena banyak pantang sebab nak sembuhkan luka
dalaman.. Aku ni salah sorang dari ummi yang bersalin operate.. Memang banyak
pantang larang.. Nak makan itu x boleh, makan ini x boleh.. Bukan setakat
makan, nak buat kerja pun x boleh.. ^__^
Bab
makan memang banyak pantang.. Benda sejuk, benda panas, benda berbisa, semua x
boleh makan.. Sebab akan bagi effect kat luka dalaman.. Badan aku kecik, so
jahitan kat perut tu nampak nice je.. :) Semua nurse puji jahitan cantik.. Tapi
kalau jahitan cantik, tapi dalaman x cantik, x elok jugak.. Takut makanan yang
kita makan tu buat luka dalaman jadi bernanah.. Semua lapisan yang dipotong ada
3 lapisan.. Aku ni dah la yang kuat makan.. So, kena tahan makan untuk 44
hari.. Tapi seelok-eloknya, 100 hari.. Pernah aku bantai air sejuk hampir separuh
botol sebab terlalu haus, sekejap tu, jahitan rasa bengkak.. :( Orang tua-tua
cakap, minum banyak air boleh buat jahitan membengkak.. Lepas tu, aku x minum
air sangat dah.. Aku suka makan sayur yang ibu masak, sayur sawi je.. Ikan pun
kena berpantang.. Tapi setengah orang cakap, jangan berpantang sangat sebab
nanti anak kedua lagi kena berpantang.. X tau nak ikut mana satu..
Bab
kerja pun ada pantangnya.. X boleh angkat benda-benda berat.. Aku pernah angkat
periuk nasi, pun kena bebel dengan ibu.. Orang bersalin operate x boleh
menyapu, nanti bentan.. Aku pun buntu x tau nak buat apa.. Kesian pulak tengok
ibu yang kena buat semua kerja.. Aku ni Cuma nak membantu.. ^__^ Aku nak angkat
bantal pun ibu x bagi.. Aku tidur dalam bilik, atas katil sebab kalau operate,
susah nak bangun duduk.. Baby tidur dengan ibu, bila baby nak susu, ibu bawak
datang dekat aku.. Hari ni, ibu dah start kerja, nak x nak, aku kena usahakan
sendiri.. Semua benda dah kena buat sendiri.. Tapi ibu dah siap masak.. Aku Cuma
tinggal uruskan baby je..
Banyak
jugak pantang larang yang lain yang aku tau tapi x ingat semua.. Tak boleh
pijak simen, nanti sejuk.. Kalau mandi, kena basuh rambut setiap hari, kena
mandi air serai wangi.. Tak boleh pijak tahi ayam candu.. Aku pun x tau ape
ghope tahi ayam candu tu.. ^__^ Kalau nak mandi, x boleh mandi malam.. Orang baru lepas
bersalin x boleh ditinggalkan sorang-sorang.. Nanti ada ‘benda’ meneman.. Ni,
orang-orang tua la yang cakap.. Aku pun x tau betul ke tidak.. Tapi ibu selalu
je tinggal aku sorang-sorang.. Sebab kat rumah ni cuma ada aku dengan ibu.. Orang
bersalin kena ikat rambut tinggi sebab berkaitan dengan darah, kalau x, nanti
boleh meroyan..
Macam-macam
ye orang lepas bersalin kena pantang.. Aku harap, aku boleh teruskan
berpantangan aku ni sampai cukup 100 hari.. InsyaAllah.. :)