Thursday, 28 February 2013

... just her ...



Bertuahnya aku sebab aku diberi peluang untuk menjadi seorang ummi.. Lepas aku dah ada anak sendiri, baru aku faham perasaan seorang ‘IBU, EMAK, MAMA, UMMI, MUMMY’.. macammana perasaan sayang seorang ummi pada seorang anaknya.. Baru sekarang aku faham apa perasaan ibu aku, NATRAH BINTI CHE DAUD.. betapa sayangnya dia pada anak-anaknya.. Macam ibu-ibu lain jugak, nak yang terbaik untuk anak masing-masing.. Aku pun nak yang terbaik untuk anak aku, NUR QASEH ALIA IMANI.. semua yang aku buat untuk dia, aku nak yang terbaik dan sempurna.. semuanya aku nak buat sendiri.. aku nak apa yang Imani pakai, Imani makan, minum.. semuanya dari tangan aku.. :) bila malam, semua orang dah tidur, aku masih berjaga, layan kerenah Imani.. entah dia ikut vampire mana entah.. huhu.. siang bukan main lagi dia lena tidur.. tapi bila malam, aktif betul dia.. walaumacam mana mengantuk pun, aku akan tetap berjaga.. sanggup minum kopi, yang aku tak pernah2 minum sebelum ni.. semata-mata nak jaga dia waktu malam.. ^__^ kadang2 rasa nak marah je bila dia nak tidur.. tapi bila pandang Imani lama-lama, timbul rasa kesian dan tak sampai hati.. apalah yang baby faham.. yang dia tahu, tidur dan makan..  aku sabarkan hati dengan kerenah anak aku yang seorang ini.. Cuma ini harta dunia dan akhirat aku.. hanya Imani yang aku ada.. aku harap aku mampu jadi UMMI yang terbaik buat Imani.. :’)


Wednesday, 30 January 2013

..move on !!! ...

IT’S TIME TO MOVE ON !!!

APA YG ADA DALAM KEPALA AKU SEKARANG, CUMA MINTA DIRI AKU SENDIRI UNTUK TERUSKAN KEHIDUPAN AKU DENGAN TABAH, DAN LUPAKAN SEGALA YANG BERLAKU ! DAN ITU YANG AKU LAKUKAN.. DAH SAMPAI MASA UNTUK AKU BERHENTI BERHARAP DAN LUPAKAN SEMUANYA DAN TERUSKAN KEHIDUPAN AKU DENGAN LEBIH CEMERLANG.. INI BUKANLAH TANDANYA DUNIA AKU DAH KIAMAT BILA AKU KEHILANGAN DIA, TAPI DUNIA AKU BARU SAJA BERMULA !

Friday, 25 January 2013

... pantang wanita bersalin ...


Banyak jugak pantang bagi wanita selepas bersalin ni.. Selepas aku alami sendiri, baru tahu banyak pantang yang x boleh dilanggar oleh wanita yang lepas bersalin.. Sama je bagi yang bersalin normal atau operate (czer).. Tapi orang cakap, bersalin normal x kena berpantang macam bersalin operate.. Kalau bersalin operate, kena banyak pantang sebab nak sembuhkan luka dalaman.. Aku ni salah sorang dari ummi yang bersalin operate.. Memang banyak pantang larang.. Nak makan itu x boleh, makan ini x boleh.. Bukan setakat makan, nak buat kerja pun x boleh.. ^__^

                Bab makan memang banyak pantang.. Benda sejuk, benda panas, benda berbisa, semua x boleh makan.. Sebab akan bagi effect kat luka dalaman.. Badan aku kecik, so jahitan kat perut tu nampak nice je.. :) Semua nurse puji jahitan cantik.. Tapi kalau jahitan cantik, tapi dalaman x cantik, x elok jugak.. Takut makanan yang kita makan tu buat luka dalaman jadi bernanah.. Semua lapisan yang dipotong ada 3 lapisan.. Aku ni dah la yang kuat makan.. So, kena tahan makan untuk 44 hari.. Tapi seelok-eloknya, 100 hari.. Pernah aku bantai air sejuk hampir separuh botol sebab terlalu haus, sekejap tu, jahitan rasa bengkak.. :( Orang tua-tua cakap, minum banyak air boleh buat jahitan membengkak.. Lepas tu, aku x minum air sangat dah.. Aku suka makan sayur yang ibu masak, sayur sawi je.. Ikan pun kena berpantang.. Tapi setengah orang cakap, jangan berpantang sangat sebab nanti anak kedua lagi kena berpantang.. X tau nak ikut mana satu..

                Bab kerja pun ada pantangnya.. X boleh angkat benda-benda berat.. Aku pernah angkat periuk nasi, pun kena bebel dengan ibu.. Orang bersalin operate x boleh menyapu, nanti bentan.. Aku pun buntu x tau nak buat apa.. Kesian pulak tengok ibu yang kena buat semua kerja.. Aku ni Cuma nak membantu.. ^__^ Aku nak angkat bantal pun ibu x bagi.. Aku tidur dalam bilik, atas katil sebab kalau operate, susah nak bangun duduk.. Baby tidur dengan ibu, bila baby nak susu, ibu bawak datang dekat aku.. Hari ni, ibu dah start kerja, nak x nak, aku kena usahakan sendiri.. Semua benda dah kena buat sendiri.. Tapi ibu dah siap masak.. Aku Cuma tinggal uruskan baby je..

                Banyak jugak pantang larang yang lain yang aku tau tapi x ingat semua.. Tak boleh pijak simen, nanti sejuk.. Kalau mandi, kena basuh rambut setiap hari, kena mandi air serai wangi.. Tak boleh pijak tahi ayam candu.. Aku pun x tau ape ghope tahi ayam candu tu.. ^__^ Kalau nak mandi,  x boleh mandi malam.. Orang baru lepas bersalin x boleh ditinggalkan sorang-sorang.. Nanti ada ‘benda’ meneman.. Ni, orang-orang tua la yang cakap.. Aku pun x tau betul ke tidak.. Tapi ibu selalu je tinggal aku sorang-sorang.. Sebab kat rumah ni cuma ada aku dengan ibu.. Orang bersalin kena ikat rambut tinggi sebab berkaitan dengan darah, kalau x, nanti boleh meroyan..

                Macam-macam ye orang lepas bersalin kena pantang.. Aku harap, aku boleh teruskan berpantangan aku ni sampai cukup 100 hari.. InsyaAllah.. :)