Friday, 28 June 2013

... Nafas terakhir ...

Sedar tak sedar dah hampir enam tahun arwah abah meninggal dunia.. Rindu sangat pada arwah abah.. Teringat segala kenangan bersama dengan arwah abah.. Semua kenangan pahit dan manis dengan arwah abah.. Andai arwah abah ada, mesti abah orang yang paling happy dengan kelahiran Nur Qaseh Alia Imani..  Arwah abah suka baby, suka budak-budak.. Dah bercucu arwah abah..
     Bila diingat balik, ummi bersyukur dapat jaga arwah abah masa sakit walaupun sekejap kat Hospital Besar Seremban.. Semua kenangan masa jaga arwah abah masih segar dalam ingatan ummi.. Ummi dalam tingkatan empat masa tu.. Ummi jaga abah sebab ibu kena kerja.. Nak cari duit.. Keluarga kita bukn keluarga senang.. Kak long pulak masih dalam semester.. Yean kat Perak.. Atin pulak nak SPM.. Ummi amik cuti seminggu.. Kebetulan masa tu ummi demam.. Ummi jaga jugak arwah abah kat hospital.. Masa first day jaga arwah abah, ummi gelabah sikit.. Sebab tak tau apa-apa dan x pernah jaga orang sakit.. First day jaga arwah abah, ummi kena marah sebab slow sangat buat kerja.. Ummi ingat lagi arwah abah marah ummi.. Masa tu orang nak bagi air minum petang.. Arwah abah memang dah x boleh bangun.. Jadi ummi yang buat semua.. Kalau abah nak buang air, nurse yang uruskan.. Badan arwah abah kurus sangat.. Segemuk-gemuk arwah abah boleh jasi kurus sangat-sangat.. Macam rangka betul-betul.. Sayu sangat bila ingat keadaan arwah abah.. Dan ummi ingat lagi.. Lepas ummi kena marah, ummi diam je.. X bercakap dengan abah.. Sebab merajuk dan sedih.. :'( malam tu demam ummi teruk, selsema pun teruk.. Masa ummi buat-buat tidur, ummi dengar abah panggil nurse.. Arwah abah mintak tolong slowkan kipas sebab ummi demam.. "nurse, boleh perlahankan kipas sikit x? Anak saya demam.. Boleh saya mintak panadol?" ummi dengar arwah abah cakap macam tu.. Perlahan-lahan air mata ummi menitis.. Ummi ingat arwah abah marah sebab arwah abah x sayang ummi tapi arwah abah sayang ummi rupanya..
     Seminggu lepas ummi jaga, ummi kena masuk sekolah balik.. Alhamdulillah arwah abah dah boleh duduk.. Doktor suruh arwah abah dipindahkan ke Hospital Tampin.. Masa tu kak long dah start cuti.. Jadi dia yang jaga arwah abah.. Yean masih di Perak sebab ada final exam.. Ummi dengan atin kat Sekolah Teknik Ampangan.. Ibu ulang-alik dari rumah ke hospital naik motor setiap hari bila balik kerja.. Bila seminggu arwah abah ditransfer ke Tampin, semuanya berubah..
     Masa tu kak long jaga arwah abah.. Ibu baru balik kerja tapi nak singgah rumah dulu.. Pak Ngah nak bawak Wan dari rumah nak tengok arwah abah.. Masa tu arwah abah mintak Wan masakkan sayur bendey goreng kicap.. Masa tu tengah hari.. Kak long tengok abah macam susah nak bernafas.. Kak long panggil nurse, tapi nurse buat macam biasa.. Tiba-tiba mulut abah keluar buih.. Kak long cepat-cepat panggil nurse.. Masa tu Pak Ngah dengan Wan baru nak gerak dari rumah.. Ibu pulak masih kat tempat kerja.. Doktor cek abah lama.. Pastu doktor bagi tau abah dah tak ada.. Masa tu ummi ngan atin kat sekolah.. Ummi tengah happy-happy ngan kawan ummi.. Tiba-tiba ada student datang cakap Cikgu Ariffin nak jumpa.. Dia bagi note lecil "diminta pulang,bapa sudah tiada".. Masa tu menggigil badan ummi.. Ummi jatuh terduduk, kawan ummi papah pergi bilik guru.. Masa tu ummi tengok Wan ngan Atuk Bukit Jalil tengah menangis.. Ummi terus meraung.. Bila tengok atin datang, lagi ummi meraung kuat2.. Wan ngan atuk bawak ummi ngan atin balik..
     Masa pak ngah dengan wan sampai hospital, doktor baru sahkan yang arwah abah dah x ada.. Wan terkilan sebab lambat sikit.. Ibu terus bawak motor pergi hospital.. Ibu sangat tabah.. Kalau ummi, ummi x tau apa akan jadi.. Bayangkan suami dah x ada, tapi ibu masih lagi kuat nak bawak kotor.. Ummi rasa kalau isteri lain, maun kena histeria.. Semua saudara mara berkumpul kat rumah wan chengkau.. Jenazah arwah abah diuruskan dihospital.. Masa call yean, yean diam lama.. Pastu dengar macam suara teresak-esak menangis.. Yean terkilan sebab tak dapat uruskan jenazah abah..
     Jenazah abah dibawa balik kerumah dulu sebab saudara-mara datang rumah.. Sebab ibu pun x tengok jenazah lagi.. Sampai rumah, semua dah ada.. Ummi ngan atin pun dah sampai.. Memang terucap apa-apa dah masa tu.. Macam mimpi pun ada.. Ummi nangis peluk mak adik.. Atin pun sama.. Jenazah abah dibawa masuk rumah untuk disembahyangkan.. Ummi tengok jenazah untuk kali terakhir.. Ummi x dapat cium jenazah abah senan ummi menangis.. Pak ngah x bagi sebab takut kena jenazah, seksa mayatnya nanti..Jenazah abah terus dikebumikan petang tu selepas asar.. Ramai sangat tunggu kat tanak perkuburan.. Kawan-kawan lama abah semua ada.. Ummi berdiri tepi liang lahad.. Ummi tengok sampai jenazah betul-betul dikebumikan.. Ummi dudukje nangis kat tepi tu.. X tau apa lagi yang ummi nak buat.. Apa yang ummi tau, ummi kehilangan sesuatu yang sangat berharga dalam hidup ummi..

     "abah, ya rindu sangat dengan abah.. Rindu nak dengar suara abah nyanyi, usik kami adik beradik.. Rindu nak tengok abah bergurau dengan ibu..ya rindu nak salam dengan abah.. Abah tak pernah pukul ya sejak ya kecil lagi.. Kalau abah ada sekarang, mesti ya x jadi macam ni.. Abah, ya rindu nak peluk abah.. Ya rindu sangat.. Abah, ampunkan ya.. Maafkan ya sebab x jaga amanah yang abah bagi pada ya.. Ya sayang abah.."

Zahurin bin Ismail.. Semoga ditempatkan bersama orang yang beriman.. Semoga kita akan kekal menjadi sebuah keluarga sempurna di syurga nanti.. InsyaAllah..

Friday, 21 June 2013

... Perkahwinan ...

Ramai wanita yang sudah berkahwin tak rela untuk dimadukan..  Bayangkan bila orang yang disayang, dicinta sepenuh hati, menduakan cinta yang ikhlas dan suci.. Isteri mana yang tak cuba untuk bahagiakan suami? Isteri mana yang tak mahu selalu ada dengan suami? Isteri mana yang tak suka bila dipeluk, dicium dan dimanja oleh suami? Suami mana yang tak sunyi tanpa isteri? Suami mana yang tak mahu makan dan minum air tangan isteri? Suami mana yang tak mahu dimanja dan dibelai oleh isteri? Tapi tak semua alam perkahwinan itu bahagia dan membahagiakan.. Semua insan mengimpikan alam perkahwinan yang bahagia..
     Seorang wanita tak minta mahligai untuk dijadikan singgah sana.. Seorang wanita hanya mahukan sebuah singgah sana yang boleh didiami bersama suami setiap masa.. Seorang wanita tak minta bantal emas untuk dijadikan alas kepala bila tidur.. Seorang wanita itu hanya mahu tidur berbantalkan lengan suami setiap malam.. Seorang wanita itu tak minta selimut sutera untuk pemanas badan.. Seorang wanita itu hanya mahukan pelukan suami bila tidur.. Seorang wanita tak perlukan kereta mewah untuk dibawa bersiar-siar.. Seorang wanita hanya mahukan suami itu sentiasa bersamanya apabila melangkah keluar dari rumah supaya dia sentiasa berasa selamat..
     Seorang suami tak minta makanan yang mahal dan sedap sentiasa.. Seorang suami itu hanya mahu merasa masakan yang dimasak sendiri oleh isteri.. Seorang suami tak minta untuk selalu dilayan bagai raja.. Seorang suami hanya mahukan perhatian dan manja dari isteri.. Seorang suami tak minta untuk selalu menang.. Seorang suami hanya mahu dihormati, ditaati dan disanjungi sebagai pemimpin keluarga.. Seorang suami bukanlah selalu mahu menolak jika diajak keluar bersiar bersama-sama.. Seorang suami hanya mahu waktu untuk nerehat bersama isteri dan keluarga tanpa kemana-mana..
     Alangkah indahnya alam perkahwinan jika suami dan isteri sentiasa bertolak ansur.. Indahnya alam perkahwinan jika suami dan isteri sentiasa mengalah dan menghormati antara satu sama lain..

     "Suami, hargailah isterimu yang telah berpenat lelah menguruskan rumah tangga untuk kebahagiaanmu.. Hargailah isteri yang tak pernah mengeluh akan penat lelah mengurus rumah tangga.. Hargailah isteri yang sanggup melayan kerenahmu, permintaanmu, arahanmu siang dan malam.. Cintailah isterimu yang telah melahirkan zuriatmu.. Cintailah isterimu yang sanggup mengendong bayi didalam perutnya selama sembilan bulan sepuluh hari tanpa mengeluh dan membentak.. Dan fahamilah lafaz akad nikah ketika engkau menerima isterimu itu sebahagian dari hidupmu kerana Allah.."

     "Isteri, hargailah suamimu yang telah bertungkus-lumus mencari rezeki buatmu dan anak-anakmu.. Hargailah suami yang bekerja keras menjaga keselamatanmu dan anak-anakmu.. Hargailah suamimu yang menyediakan rumah, pakaian, perbelanjaan seharian buatmu dan anak-anakmu.. Cintailah suami yang juga adalah bapa kepada anak-anakmu.. Anak-anakmu yang telah engkau lahirkan dari hasil kasih dan sayang, bukan dari nafsu.. Dan ingatlah janjimu ketika hari pernikahanmu bahawa engkaua akan menjalankan tanggungjawabmu dengan penuh taat pada suamimu kerana Allah.."

Thursday, 20 June 2013

... Alhamdulillah ...

Macam tak percaya apa yang umi lalui sekarang ni.. Umi macam x percaya yang umi dah ada seorang baby yang comel, sempurna.. Terima kasih ya Allah.. Masih terasa Alia Imani bergerak menendang-nendang dalam perut umi.. Masih umi terasa bahagia bila pegang perut umi yang besar memboyot.. Masih umi dapat rasa wabak 'morning sickness' umi.. Masih umi dapat rasa jari walid pegang perut boyot umi ni..
   macam x percaya yang umi dah bersalinkan Alia Imani.. Bangun tidur je, Alia Imani dah terkebil-kebil kat sebelah umi.. Anak umi bangun lagi awal dari umi.. Kita selalu berguaru, berbual sama-sama.. Walaupun anak umi x dapat balas apa yang umi cakap tapi umi yakin anak umi faham apa yang umi cakap.. Umi bahagia tengok anak umi membesar depan umi.. Setiap hari bersentuhan dengan anak umi.. Anak umi membesar dengan sentuhan umi, kasih sayang umi, teguran dan didikan umi.. Bahagia umi dengan anak umi..
   tak ada yang menggembirakan umi selain meluangkan masa dengan anak umi.. Umi harap kita akan terus bahagia sampai bial-bila.. Umi akan tetap sayangkan anak umi.. Biarlah ada yang tak hargai kehadiran anak umi, umi akan tetap hargai anak umi.. Anak umi segala-galanya bagi umi.. Terima kasih ya Allah..  :')